top of page

Kronisme, korupsi punca kehancuran Sri Lanka: Elak Malaysia ikut jejak serupa



Rusuhan dan kehancuran ekonomi Sri Lanka menjadi tajuk media utama seluruh dunia apabila perusuh menyerbu pejabat presiden dan kompleks pentadbiran negara itu, kelmarin.


Kejatuhan ekonomi Sri Lanka tidak sepenuhnya berpunca daripada sektor pertanian dan pelancongan yang terjejas akibat Covid 19, namun lebih kepada faktor kleptokrasi dan kronisme yang diamalkan kalangan elit kerajaan.


Bagi aktivis media sosial, Zainurizzaman Moharam, Malaysia yang mempunyai ciri ciri kerosakan pentadbiran menghampiri Sri Lanka seharusnya berhati hati agar tidak terjebak dalam masalah serupa.


"Apa jua yang menjadi faktor menyebabkan negara Sri Lanka boleh muflis sekarang ini ada mirip mirip langkah yang sama dibuat oleh Malaysia.


"Antara yang menjadi faktor utama adalah rasuah yang menjadi budaya di peringkat kepimpinan negara juga nepotisme.


"Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa misalnya pernah melantik empat puluh orang dari kalangan ahli keluarganya di dalam kabinet.


"Selain budaya rasuah, budaya kronisme diamalkan oleh Rajapaksa (menyebabkan kejatuhan negara itu)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Zainurizzaman, sikap boros pemimpin Sri Lanka memberi rumah, kereta dan pelbagai barangan peribadi menggunakan wang negara juga menjadi punca rakyat terpaksa menanggung hutang yang tinggi sehingga negara itu terpaksa memajak pelabuhannya ke negara China.


Bagaimanapun, beliau turut menyalahkan rakyat Sri Lanka yang tidak berusaha membantah perlakuan bobrok pemerintah sejak dari awal sehingga keadaan tidak lagi boleh diperbaiki.


"Adakah rakyat Sri Lanka tidak tahu amalan rasuah dan salah urus ekonomi oleh Rajapaksa dan menterinya? Namun rakyat negara itu tidak kisah dengan rasuah dan salah tadbir kerana bagi mereka, asal rakyat boleh bekerja dan diberi sedikit bantuan, mereka masih boleh teruskan hidup.


"Akibatnya apabila datang pandemik Covid 19 semuanya musnah kerana sektor utama pendapatan negara seperti pelancongan terpaksa ditutup. Maka negara yang bergantung harap pada sektor itu menjadi amat terkesan pada ketika negara pula kekurangan kewangan," katanya.


Selain itu, dakwa Zainurizzaman, Rajapaksa mengamalkan politik perkauman dan mengutamakan kaum Sinhala. Hal itu menimbulkan ketidakpuasan hati kaum lain dan menyebabkan berlaku pergolakan politik dalaman


"Apabila Rajapaksa jadi presiden, maka kaum Sinhala yang jadi tumpuan. Bantuan, projek dan program lebih tertumpu kepada kaum ini," ujarnya.


Justeru beliau tidak mahu Malaysia mengikuti jejak langkah Sri Lanka dan perlu melakukan perubahan penting terutama dalam aspek ketelusan pentadbiran serta kepatuhan undang undang.


Katanya, hutang Malaysia juga telah melampaui RM1 trilion yang sewajarnya menjadi kebimbangan pemimpin kerajaan BN - PN serta memerlukan mereka mengambil pendekatan berjimat cermat lebih agreasif dalam menguruskan kewangan negara.


"Caj faedah untuk hutang Malaysia sahaja mencecah RM39 bilion dan meningkat kepada 43 bilion pada tahun ini. Itu baru faedah .


"Ketika pentadbiran Yang Berhormat Pagoh jadi Perdana Menteri, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU untuk meningkatkan had hutang berkanun kepada 65% daripada KDNK untuk mengurangkan impak ekonomi Covid 19. Sebelum ini hadnya sebanyak 55% KDNK.


"Untuk perbandingan hutang kerajaan Sri Lanka meningkat sehingga 119% dari KDNK negara itu. Oleh itu, kebimbangan ini berasas apabila hutang isi rumah di Malaysia juga telah melonjak ke RM 1.7 trilion dan melebihi hutang negara," katanya.


Justeru, Zainurizzaman mahu kerajaan melipatgandakan pengeluaran pertanian kerana daripada pengalaman Sri Lanka yang banyak mengimport makanan biar pun tanahnya subur, negara itu telah berakhir sebagai negara yang tidak mampu membeli makanan untuk rakyatnya apabila krisis ekonomi melanda.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page