top of page

Krisis keyakinan salah satu punca kejatuhan ringgit?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 25, 2024
  • 2 min read


Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan fundamental ekonomi Malaysia kukuh bukanlah disebabkan dasar ekonomi kerajaan yang lemah.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, salah satu penyebab yang rakyat tidak tahu adalah krisis keyakinan terhadap ringgit itu sendiri menyebabkan nilainya merudum.


Katanya, krisis kayakinan yang tidak perlu itu kini merupakan faktor 'palsu' kepada kelemahan ringgit.


"Kerajaan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menangani isu ringgit ini berkali-kali.


"Mereka telah mengatakan asas ekonomi Malaysia kukuh, pelaburan tinggi, guna tenaga penuh, inflasi rendah dan berlaku kenaikan gaji. Tetapi kenapa ringgit masih jatuh?


"Sebab asas, saya percaya ialah isu keyakinan.


"Apabila kita kurang yakin, pelabur membawa wang mereka untuk melabur di luar negara, atau mendepositkan wang mereka dalam mata wang asing. Kerajaan telah mengeluarkan fakta, tetapi kita mesti menangani (persepsi) keyakinan terhadap ringgit kita," katanya dalam kenyataan hari ini.


Statistik pelaburan terkini negara

Tambah Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu, beliau telah melakukan kajian dan mendapati beberapa faktor penyebab ringgit melemah.


Beliau juga telah meneliti laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan mengkaji maklumat pelaburan di negara ini dalam tempoh 10 tahun terakhir lalu mendapati pelaburan amat memberansangkan sejak tahun tahun kebelakangan ini.


"Saya menggali laporan MIDA dan mekihat pelaburan ke Malaysia selama 10 tahun yang lalu, dari 2014-2023.


"Dari 2014 hingga 2020, jumlah pelaburan kita iaitu Pelaburan Langsung Asing (FDI) campur Pelaburan Langsung Domestik (DDI) adalah kira-kira RM200 bilion setiap tahun.

"Tetapi bermula dari 2021, terdapat lonjakan ketara jumlah pelaburan ke Malaysia.

"Peningkatan FDI yang ketara adalah disebabkan perang perdagangan China-AS, strategi persahabatan dan China + 1 dalam kalangan syarikat global. Malaysia dan Asia Tenggara mendapat manfaat daripada peralihan geopolitik ini," katanya.


Menurut Tze Tzin lagi, pada 2023 apabila pentadbiran negara diambil alih oleh Kerajaan Perpaduan maka pelabur asing berbondong bondong kembali ke Malaysia kerana yakin dengan polisi pentadbiran yang telus.


"Selepas Kerajaan Perpaduan berjaya memulihkan kestabilan politik, keyakinan pelabur asing dan domestik meningkat. Pada masa yang sama, Perdana Menteri kita yang bekerja keras, Anwar Ibrahim pergi ke seluruh dunia untuk mendapatkan lebih banyak FDI. Oleh itu, kita berjaya mencapai jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah RM329.5 bilion


"Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa dari 2014 hingga 2020 DDI adalah lebih daripada FDI, tetapi dari 2021 hingga 2023, FDI adalah lebih daripada DDI. Pada tahun 2023, FDI ialah 57.2%, DDI ialah 42.8%," katanya.


Tambah beliau, apabila FDI masuk, pelabur akan menukar mata wang dolar AS kepada ringgit dan ini akan mewujudkan aliran masuk bersih dana ke Malaysia.


Bagaimanapun, pelaburan itu perlulah direaliasikan dengan membeli tanah, membina kilang dan sebagainya barulah ringgit akan kembali mengukuh.


Namun dengan begitu banyaknya komitmen pelaburan, kata Tze Tzin, sedikit masa lagi dana dalam dolar AS ini akan ditukar ke ringgit dan nilai mata wang itu akan mengukuh kerana rizab mata wang asing yang besar.


"Dengan begitu banyak FDI dalam proses masuk, saya percaya ringgit akan mengukuh lebih awal daripada dijangka.


"Jadi, marilah kita percaya dan yakin dengan ringgit kita," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page