top of page

Krisis beras: PN hanya pandai persoal, Kerajaan beri jalan penyelesaian


Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyifatkan rakyat pada era Kerajaan Madani terpaksa berebut-rebut demi mendapatkan sekampit beras hanyalah kritikan melulu yang tidak berasas.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, kenyataan Ahli Parlimen Machang itu malah bersifat 'kuno' kerana kerana tidak melihat perkembangan luar negara.


Hal ini kerana masalah berbaris panjang membeli beras lebih teruk berlaku di Indonesia dan bukan hanya di Malaysia sahaja.


Namun menurut Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN itu, kerajaan telah menyediakan segala cara bagi memastikan bekalan beras beredar secara sistematik dan boleh diperolehi oleh semua rakyat.


"Wan Fayhsal ini agak kuno dalam berpolitik. Kerajaan Perpaduan tidak pernah menafikan segala kekurangan dalam isu beras ini.


"Kita semua sedia maklum bahawa ia (kekurangan) isu bermusim yang maksudnya apabila berlaku krisis (India menghentikan eksport beras), mahu tidak mahu Malaysia yang merupakan negara pengimport merasakan tekanan itu

Belian panik menyebabkan kekurangan bekalan beras

"Bagaimanapun kerajaan tidak pernah berhenti berusaha untuk membantu memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Jelas Aishah, rakyat pada waktu ini boleh menilai kesungguhan Kerajaan Perpaduan melalui jaminan Perdana Menteri yang tegas dalam menanggani isu bekalan beras putih tempatan.


"Persoalan yang kita lontarkan kepada rakyat, adakah kerajaan ini lepas tangan? Jawapannya tidak.


"Ia jelas dibuktikan dengan kenyataan PM (Perdana Menteri) di Pelangai baru-baru ini, meminta penguatkuasa memberi penekanan kepada isu beras terutama dalam soal sorok bekalan, dan subsidi tambahan juga telah diumumkan," katanya.


Dalam pada itu, Aishah turut mengingatkan Wan Fayhsal berhubung kegagalan pentadbiran PN selama 33 bulan mengurus keterjaminan makanan sehingga wujud krisis bekalan ayam dan telur, walaupun tidak berlaku sebarang kekurangan bekalan ayam atau telur di peringkat antarabangsa sepanjang 2022 lalu.


"Wan Fayhsal mungkin lupa zaman PN menjadi kerajaan dulu, krisis bekalan makanan asas negara lebih teruk dengan tekanan harga yang tinggi hingga menyebabkan rakyat terkesan secara total," katanya lagi.


Semalam, melalui sebuah portal berita pro pembangkang Wan Fayhsal mempersoalkan ke manakah hilangnya bekalan beras putih tempatan sehingga rakyat terpaksa berebut mendapatkannya. Beliau juga menganggap krisis kekurangan beras pada waktu ini dikira terburuk sejak negara merdeka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page