top of page

KPKT cadang bangunkan pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk membangunkan pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik.


Timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata inisiatif itu penting mengintegrasikan maklumat daripada kesemua aspek projek pembangunan.


"Memang terdapat perancangan big data analitik kerana majoriti maklumat yang berkait dengan industri perumahan berada di luar KPKT.


"Kerana yang ada di kawalan KPKT adalah data Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL), tetapi proses jual beli berlaku antara pembeli dan pemaju tanpa direkodkan KPKT.


"Sebab itu data yang ada di bawah kawalan KPKT 29% sementara 61% berada di luar kawalan. Maka kita perlu menghimpunkan maklumat tersebut lebih mendalam," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Suhaimi Nasir (GRS-Libaran) tambahan mengenai langkah kerajaan untuk mempergiatkan lagi rumah mampu milik di Malaysia.


Justeru, kata Akmal, pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik penting untuk menentukan harga rumah mampu milik yang bersesuaian di sesuatu kawasan.


"Takrifan rumah mampu milik ialah kediaman yang bernilai 300 ribu tetapi hakikatnya harga banyak dipengaruhi oleh lokaliti contoh antara bandar Alor Setar rumah mampu milik sekitar RM170,000 hingga RM180,000 berbanding di Shah Alam harganya melangkaui RM300,000.


"Maka sebab itu, tujuan kita nak membina indeks pemetaan supaya rumah mampu milik bukan hanya satu acuan semua tetapi bergantung kepada lokaliti dan permintaan serta penawaran di sesebuah lokasi," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page