top of page

KPDN Selangor banteras cubaan seludup minyak diesel bersubsidi



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeleweng ribuan liter minyak bersubisidi yang dilakukan dua lelaki di sebuah stesen minyak di lokasi Lebuhraya Persekutuan, Selangor, baru-baru ini.


Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, nilai rampasan melibatkan bahan api yang disyaki diesel adalah RM9,288.00.


"Manakala, anggaran nilai rampasan melibatkan lain-lain barangan disita adalah RM104,210.00 yang membawa anggaran nilai rampasan keseluruhan sejumlah RM 113,498.00," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Jelas badan penguatkuasa itu, pihaknya mengesan dua buah lori yang mencurigakan tersebut hasil daripada rondaan ke atas lori yang membuat pembelian minyak diesel bersubsidi di stesen minyak pada awal pagi itu.


"Tindakan pantas pasukan rondaan menghampiri dua buah lori berkenaan telah berjaya menghentikan aktiviti pengisian minyak diesel yang disyaki tidak sah serta dipercayai dibeli untuk tujuan penyelewengan," ujarnya.


Hasil rondaan itu pihak KPDN berjaya menahan dua orang lelaki warganegara berumur sekitar bawah 45 tahun yang dipercayai sebagai pemandu lori dan kedua-duanya telah ditahan untuk rakaman percakapan.

KPDN mematahkan cubaan seludup diesel

"Pasukan rondaan turut membuat pemeriksaan fizikal buah lori tersebut dan mendapati motolori-motolori tersebut telah membuat pengubahsuaian di dalam badan lori yang diletakkan dengan Intermediate Bulk Container (IBC) yang berfungsi untuk menyimpan bahan api jenis petrol dan diesel. Jenis kedua-dua lori tersebut adalah lori kanvas dan lori kontena," ujarnya.


Menurut kenyataan itu lagi, kedua buah lori tersebut disita di bawah Subseksyen 10 (1) (b) Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi siasatan lanjut.


"Sitaan telah dibuat ke atas kedua-dua buah lori yang berisi masing-masing 10 unit dan 8 unit IBC dan peralatan yang digunakan untuk membuat pengisian serta pemindahan bahan api seperti hos getah serta pam penyedut. Sitaan ke atas bahan api disyaki diesel bersubsidi yang ditemui di dalam IBC tersebut dianggarkan sejumlah 4,320 liter.


"Selain itu, kesemua barangan sitaan disimpan di bawah kawalan pengurusan stor ekshibit KPDN Selangor sepanjang siasatan berjalan," ujarnya.


Kata beliau, jika disabit kesalahan, kedua individu terbabit boleh didenda RM1 juta bagi setiap perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Tegasnya, KPDN Selangor akan terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah KPDN, khususnya melibatkan penyelewengan ke atas barangan bersubsidi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page