top of page

KPDN kekal kuota minyak masak subsidi 60 ribu tan metrik sebulan



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menolak spekulasi kononnya kuota minyak masak bersubsidi 1kg sebanyak 60,000 tan metrik sebulan pada waktu ini akan dikurangkan jumlahnya.


Menurut KPDN, laporan media berhubung penurunan kuota minyak masak bersubsidi tersebut adalah tidak tepat dan bukan bersumberkan KPDN.


"KPDN ingin memberikan penjelasan lanjut berhubung isu kuota minyak masak subsidi yang mungkin akan dikurangkan kepada 40,000 tan metrik sebulan yang dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini.


"KPDN ingin memaklumkan setakat ini, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal dan Kementerian tiada cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik sebulan.


"Ini adalah kerana daripada jumlah kuota 60,000 tan metrik itu, yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1kg adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.


Mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran, jelas KPDN, hal itu disebabkan faktor pembelian dan penggunaan, bukannya akibat pengurangan kuota.


"Hasil pemeriksaan harian, didapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu.


"Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka, syarikat-syarikat pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran Kerajaan," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page