top of page

Konvensyen Pilihanraya KEADILAN ingatkan rakyat dalam kesusahan, mahu perubahan segera

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 29, 2022
  • 2 min read


Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 pada 27 Ogos lalu menyerlahkan kayu ukur kesusahan hidup rakyat dengan pembahas yang dipilih dari kalangan golongan marhaen dan pekerja ekonomi gig.


Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia, Raiyan Abdul Rahim berkata, golongan pengundi akar umbi telah bersuara dalam konvensyen itu dan membariskan kesukaran hidup mereka. Maka para pemimpin harus merumus strategi pilihan raya berdasarkan keperluan rakyat.


"Buat julung kalinya, KEADILAN memilih pembahas yang bukan dari golongan pimpinan parti, sama ada pusat ataupun cabang. Pembahas dari kalangan rakyat yang menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, yang mengongsikan kisah dan cabaran mereka secara terbuka di hadapan anggota dan para pimpinan KEADILAN.


"Pembahas terdiri daripada pesara tentera, anak muda, usahawan kecil dan sederhana, ibu tunggal, OKU dan juga pekerja harian “gig economy”.


"KEADILAN menyediakan pentas supaya suara mereka boleh didengar dan diangkat. Ini sebenarnya mencerminkan matlamat KEADILAN. Parti ini bukan parti politik biasa, tetapi parti yang memahami dan menjiwai kesusahan rakyat," katanya.


Tegas Rayyan lagi, hanya dengan mengangkat kesukaran hidup rakyat itu KEADILAN akan dekat dengan denyut nadi mereka dan akan diharapkan untuk memperbaiki keadaan.


"Konvensyen kali ini mengingatkan kita rakyat sedang berhadapan kesusahan, keperitan dan ketidakadilan yang berpanjangan.


"Saya ingin menyeru kepada semua pendukung parti, ayuh kita jadikan Konvensyen Pilihanraya ini sebagai pencetus semangat untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya, yang boleh membawa perubahan untuk negara kita.


"Saya yakin, kemenangan buat KEADILAN adalah kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.


Konvensyen Pilihanraya KEADILAN di Shah Alam yang dihadiri sekitar 3,000 peserta Sabtu lalu telah merumuskan satu momentum baharu perlu dijana dengan gandingan tokoh pemimpin muda Timbalan Presiden Rafizi Ramli dan tokoh berpengalaman serta karismatik Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Gandingan mantap itu perlu dijadikan tawaran untuk penyelesaian masalah kemuraman ekonomi dan pembelaan rakyat terpinggir yang lebih bermakna.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page