Kompaun RM50,000 peniaga burger: Kerajaan jangan aniaya rakyat - Chang Lih Kang


Tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun RM50,000 ke atas seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan kelmarin atas alasan berniaga melebihi masa amat keterlaluan.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kompaun seharusnya sebagai usaha mendidik rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bukannya menganiaya rakyat.


Katanya, rakyat jelata sedang bergelut dengan kemerosotan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan kerajaan sepatutnya membantu bukan menambah beban dengan menetapkan nilai kompaun yang tinggi.


"Berapa biji burger yang perlu dijual oleh Wan Mohd Faisal untuk membayar kompaun itu?


"Pada masa sama, menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) dan VIP-VIP yang didapati ingkar SOP sama ada tidak dihukum atau dikenakan denda yang ringan. Layanan dua darjat ini menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.


Lih Kang turut menyamakan kerajaan PN sebagai rejim zalim dan hipokrit apabila kerajaan memberi sumbangan Bantuan Prihatin Rakyat bernilai antara RM300 sehingga RM1800 kepada rakyat B40, lalu menghebohkan seolah-olah jumlah wang yang diberikan itu amat membantu.


Namun katanya, kerajaan PN tidak peduli hidup mati peniaga-peniaga kecil dengan menetapkan nilai kompaun yang tidak masuk akal.


"Apa gunanya kerajaan beri sumbangan RM1000 tetapi kenakan kompaun RM50,000 ke atas rakyat? Tindakan kerajaan PN ini hanya akan membunuh mata pencarian golongan B40.


"Kerajaan sepatutnya kurangkan nilai maksimum kompaun dari RM50,000 ke tahap yang munasabah, misalnya RM5000. Kompaun tidak harus mendenda tetapi mendidik orang awam tentang kepentingan mematuhi SOP.


"Selain itu, kerajaan juga perlu menyelaraskan garis panduan dan peraturan supaya masyarakat di semua peringkat mengikut SOP yang sama. Kerajaan semua peringkat (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan) tidak boleh boleh keluarkan peraturan tersendiri yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai," katanya lagi.


Kelmarin, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, seorang peniaga burger telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan.


Kompaun RM50,000 yang dikenakan mendapat kritikan keras warga net yang merasakan hal itu tidak wajar di tengah-tengah kesukaran hidup akibat pandemik Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER