top of page

Kompaun RM1500 pelajar kolej: Mengapa teruskan amalan peraturan 2 darjat? - AMK



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan tindakan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan kompaun ke atas enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak sebanyak RM1500 seorang.


Menurut kenyataan Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir dan Setiausaha AMK, Syukri Razab, kompaun seperti itu hanya akan meneruskan amalan 2 darjat dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini.


Hal itu juga, kata mereka, tidak akan memberi tauladan baik atau mendidik masyarakat mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


"AMK menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang meneruskan amalan 2 darjat dalam pelaksanaan SOP bagi mengekang penularan wabak Covid 19 dalam kalangan masyarakat.


"Tindakan kompaun kepada pelajar ini tidak berlandaskan budi bicara dan sama sekali tidak mencerminkan kaedah penyelesaian yang rasional terutama sekali apabila pelajar-pelajar ini masih di bawah tanggungan keluarga dan ada di kalangan mereka dari keluarga berpendapatan B40.


"Situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan layanan terhadap golongan “kayangan” atau VVIP yang melanggar SOP, sering kedengaran bahawa kertas siasatan akan dibuka, manakala bagi rakyat biasa akan dikenakan kompaun terlebih dahulu dan kemudian jika ada perkara lain yang berbangkit barulah siasatan lanjut diadakan," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Akmal dan Syukri juga mempersoalkan mengenai foto-foto yang tular ketika kunjungan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin ke sebuah masjid di Gombak baru-baru ini yang mempunyai kes hampir sama dengan para pelajar matrikulasi tersebut.


Namun katanya, tiada pula tindakan diambil kepada PM dan menteri kanan yang mengiringinya.


"Sewaktu kehadiran PM bersama-sama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri di salah sebuah masjid di Gombak, gambar PM yang tidak memakai pelitup muka serta penjarakan sosial yang tidak terkawal ketika sesi moreh seolah-olah tidak menjadi kesalahan dan tiada siasatan dijalankan. Hal ini telah menjadi pertikaian netizen.


"Bukan itu sahaja, beberapa kes pelanggaran SOP oleh menteri yang pernah disuarakan sebelum ini juga masih belum kedengaran sebarang perkembangan.


"Oleh itu, AMK Malaysia mendesak agar Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba menggunakan kuasa Menteri untuk membatalkan kompaun yang dikenakan kepada pelajar dengan serta merta sebagaimana kesalahan demi kesalahan melibatkan Menteri-Menteri langsung tidak dihiraukan," kata mereka lagi.


Baru-baru ini tular di media massa enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500 oleh Kementerian Kesihatandi bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 hanya kerana mereka terkhilaf tidak memakai pelitup muka di dalam kawasan premis kolej.


Tindakan pihak KKM mengenakan kompaun juga dipertikai kerana kehadiran mereka bertujuan menyiasat aduan berhubung kes keracunan makanan dan tiada kaitan dengan Covid 19.


Manakala pelajar kolej matrikulasi itu pula berada di bawah pengawasan baik sepanjang lebih 4 bulan di sana dan punyai kontak luar yang amat minimum.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page