top of page

KKM perlu pastikan alat saringan Covid 19 melepasi standard



Alat ujian saringan Covid 19 yang pelbagai jenama di pasaran mengelirukan pengguna mengenai keberkesanannya.


Menurut calon KEADILAN DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain, pengguna kadang kala terkeliru kerana sebahagian jenama tidak menunjukkan keputusan yang tepat, tetapi apabila dilakukan ujian saringan kedua menghasilkan keputusan berlainan.


"Jadi orang ramai terpaksa membuat ujian kendiri beberapa kali, menggunakan jenama yang berbeza-beza untuk mendapatkan pengesahan.


"Ini sudah tentu beri risiko tinggi, terutamanya yang mereka mungkin positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.


"Dengan terdapat pelbagai jenis dan jenama ujian kendiri di pasaran, sudah pasti ini akan menyukarkan pengguna untuk memilih kit yang memberikan keputusan tepat.


"Tidak semua orang mampu membeli ujian kendiri dalam kuantiti banyak daripada beberapa jenama," katanya.


Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seharusnya bertindak untuk memastikan alat ujian yang dijual di pasaran benar benar berkesan dan pengguna tidak perlu melakukan ujian lain.


"Pihak KKM harus memantau dan memastikan setiap jenama self-test kit (RTK Antigen) yang dijual di pasaran mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA).


"Mereka juga perlu membuat pemakluman, menghentikan penjualan kit ujian kendiri oleh jenama-jenama yang tidak mendapat kelulusan KKM dan MDA tetapi telah terjual di pasaran dan digunakan oleh orang ramai.


"Selain itu, pihak KPDNHEP juga perlu melipatgandakan usaha melakukan pemantauan sama ada di kedai runcit, kedai serbaneka dan banyak lagi, termasuklah di ruangan jualan atas talian," katanya


Menurut Dr Zamil, dengan penularan varian Omicron yang semakin meningkat, keperluan orang ramai untuk menjalani ujian kendiri bertambah penting dan tidak boleh dipandang ringan.


"Jika perbezaan keputusan ujian kendiri terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan drastik daripada pihak kerajaan, saya khuatir ini akan merencatkan usaha kita untuk memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page