top of page

KKD pertimbang wajibkan penyedia media sosial berdaftar dengan SKMM



Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial di negara ini berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat semalam berkata, perkara itu dilihat wajar dilaksanakan bagi memastikan semua platform media sosial berkenaan memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.


"...sekarang ini tak ada sebarang pendaftaran nak beroperasi di Malaysia, jadi bila berdaftar dan beroperasi di sini, nak berniaga di sini, ada undang-undang yang wajib dipatuhi, patuh arahan dan saya kira ini perlu diselesaikan segera," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.


Menyentuh mengenai isu berkaitan perjudian dalam talian khususnya di platform Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp, beliau berkata, kerajaan sangat tidak berpuas hati dengan tahap kerjasama diberikan penyedia platform media sosial, Meta.


Justeru tegasnya, KKD melalui SKMM telah berbincang bagi mendapatkan kerjasama penuh daripada Meta bagi memastikan masalah itu dapat diatasi dengan lebih berkesan.


"Antara kerjasama yang diminta adalah komitmen pelaksanaan tindakan penurunan kandungan dalam tempoh masa yang pantas bukan berhari-hari, tetapi dalam masa beberapa jam terutama bagi judi dalam talian bagi setiap permohonan yang diterima daripada pihak berkuasa Malaysia," katanya.


Sementara itu, ketika menjawab celahan R Yuneswaran (PH-Segamat) mengenai apakah langkah yang diambil kementerian dalam mengawal selia ekosistem aplikasi TikTok, Fahmi berkata, KKD sentiasa meneliti setiap aspek dalam mencari langkah kawalan paling sesuai berdasarkan kepentingan negara.


"Di negara lain, mereka ada pelbagai undang-undang dan tangani isu berkait TikTok ini dengan cara berbeza, di Amerika Syarikat penjawat awam dilarang memuat turun aplikasi TikTok di peranti rasmi mereka, di India sudah empat tahun menyekat penggunaan TikTok dan di Indonesia pula melarang TikTok Shop.


"Bagi Malaysia kita ada keadaan yang tertentu, ada undang-undang tersendiri dan cabarannya unik kepada negara kita, jadi KKD teliti semua dan adakan sesi libat urus termasuk dengan kementerian lain dalam mencari kaedah dan tindakan paling sesuai untuk diambil," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page