top of page

Kesihatan rakyat lebih penting dari pilihan raya ketika ini - Wanita KEADILAN Sarawak



Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini bahawa "pilihan raya akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang" yang merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat negeri itu.


Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Agnes Padan dan Ketua Penerangan Wanita, Umie Liau dalam satu kenyataan bersama berpendapat bahawa PRN Sarawak bukan sahaja tidak kena pada masanya, malah membahayakan nyawa penduduk Sarawak.


Ini selepas berlaku peningkatan kes COVID-19 di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), menjadikan jumlah kes tertinggi di negeri Di Bawah Bayu itu.


"Pada masa ini, kesihatan rakyat lebih penting daripada politik.


"Mengadakan PRN Sarawak ketika ada gelombang kes COVID-19 harus dielakkan kerana menimbulkan risiko kesihatan yang serius.


"Justeru, 31 cabang Wanita KEADILAN Sarawak sebulat suara meminta Ketua Menteri untuk tidak mengadakan pilihan raya secepat mungkin kerana akibatnya boleh berlaku seperti di Sabah di mana kes COVID-19 melonjak setelah PRN diadakan," katanya.


Wanita KEADILAN Sarawak juga memberikan satu bayangan bahawa jika PRN tetap diadakan lebih awal maka ia bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan rakyat, tetapi juga membuatkan rakyat Sarawak kehilangan punca pendapatan.


"Mengadakan pilihan raya negeri dalam situasi COVID-19 ini bukan sahaja membahayakan kesihatan rakyat tetapi juga akan merugikan ekonomi sekiranya apa yang berlaku di Sabah juga berlaku di sini.


"Tidak mengadakan pilihan raya negeri sebelum penggal berakhir pada bulan Julai tahun depan akan menjadi langkah bijak untuk menjaga kesihatan rakyat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page