top of page

Kerajaan Selangor pinda enakmen LUAS, denda pencemar sungai RM1juta



Pencemar sungai di Selangor akan berhadapan hukuman denda sehingga RM1 juta.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Negeri Selangor semalam memperuntukan kuasa yang lebih besar kepada agensi di bawah Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang kepada jenayah mencemarkan sumber air.


"Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM 200,000 dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM 1 juta beserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah (deterrent factor).


"Dewan Negeri Selangor turut meluluskan (pindaan) semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membersihkan atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh LUAS akan ditanggung oleh pihak pesalah.


"Sebagai satu langkah kawalan ke atas penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran penggunaan air, Seksyen 44 LUAS turut dipinda bertujuan untuk menambah kuasa LUAS bagi mengenakan caj terhadap lebihan pengambilan air melebihi had yang dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Amirudin berkata, pindaan itu juga diharap akan menggentarkan mana-mana pihak selepas ini yang berniat jahat mensabotaj sumber air Selangor.


Katanya, mereka tidak akan terlepas dan akan menghadapi hukuman berat setimpal dengan kesalahan.


"Pindaan ini merupakan manifestasi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat untuk melakukan sebarang pencemaran di Selangor.


"Kerajaan Negeri yakin bahawa pindaan enakmen berkenaan beserta langkah-langkah tambahan yang sudah dijelaskan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang lepas, akan dapat menangani masalah pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air di masa hadapan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page