Sokongan bipartisan penting bagi meningkatkan keyakinan vaksin, melindungi rakyat - Nurul Izzah



Meskipun Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 (JKJAV) pada 5 Januari lalu berpuas hati dengan pencapaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), namun banyak aspek yang perlu diperbaikki oleh kerajaan.


Salah seorang anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menghadiri prosiding bersama Menteri Penyelaras PICK, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, gerak kerja besar-besaran membangkitkan kesedaran rakyat juga mesti diutamakan untuk mencapai sasaran imuniti kelompok 80% dalam kalangan rakyat.


"Saya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan semalam oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkenaan kehadiran saya serta anggota PAC lainnya dalam prosiding bersama JKJAV pada 5 Januari 2021.


"Saya mengesahkan pendirian PAC - terdiri daripada keanggotaan dwipartisan - yang berpuas hati dengan penjelasan JKJAV - MOSTI, Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan berkaitan proses perolehan vaksin Covid-19, harga dan jadual penghantaran.


"Bagaimanapun, sedang Malaysia berdepan dengan serangan pandemik yang amat mengesankan kepada sistem kesihatan, sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat, tumpuan kita perlu menjurus kepada perlindungan serta kebajikan rakyat.


"Mencapai imuniti kelompok sehingga 80% sesegera yang mungkin merupakan salah satu tiang seri utama dalam melindungi rakyat dan mengembalikan ekonomi Malaysia ke arah tuju yang lebih positif," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam masa sama, Nurul Izzah juga menggesa agar perbahasan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diperluaskan lagi dengan membuka sidang Parlimen agar fakta-fakta yang lebih tepat boleh ditanyakan oleh Ahli Parlimen dan keputusan yang lebih mantap dicapai.


"Permulaan yang baik menerusi sesi PAC bersama JKJAV sewajibnya diteruskan menerusi sidang Parlimen yang dibuka serta-merta. Dewan Rakyat adalah medan semak imbang pihak eksekutif; tempat berlangsungnya penggubalan undang-undang bagi melindungi hak rakyat dan perbahasan isu-isu kritikal


"Prosiding PAC serta sidang Parlimen perlu diteruskan dalam usaha memberi sepenuh dokongan kepada PICK dan bukannya bertikam lidah sementara wujud segelintir rakyat yang masih berbelah bahagi untuk menerima vaksin dengan kemunculan pelbagai kumpulan anti vaksin di media sosial.


"Pembukaan Dewan Rakyat akan memperkukuh gandingan strategik merentasi parti, pihak berkepentingan dan pelbagai segmen masyarakat dalam memaksimakan keyakinan vaksinasi dan mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang 2022," katanya.


Selain itu, Nurul Izzah juga menggesa kerajaan menggiatkan lagi kempen vaksinasi dalam kalangan masyarakat yang amat perlahan ketika ini.


Katanya, beliau bersama Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tujuan itu akan melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di SP Arena, Seberang Jaya pada hari Isnin yang akan datang.


"Pusat Khidmat saya bersama ramai lagi Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan terus bersama-sama membantu

dalam proses pendaftaran vaksinasi.


"Yang jelas, kekecewaan atau kritikan dalam kelemahan urus tadbir negara tidak seharusnya memberi kesan negatif atau merencat perkembangan program imunisasi. Fokus utama kita adalah untuk keluar dari pandemik," kata Nurul lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER