top of page

Kerajaan iktiraf TVET: Pelan baharu memperkasa negara industri



Sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sering kali gagal diperkasa kerana berdepan banyak cabaran terutamanya dari segi kualiti dan pengiktirafan.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai berkata, masih ramai yang mempunyai stigma dan beranggapan sijil kemahiran hanya untuk golongan yang tidak berjaya dalam akademik sekaligus menjadi penghalang golongan belia menceburi bidang teknikal.

Selain itu, katanya, kekurangan pendedahan dan kerjasama pelopor industri dengan institusi latihan turut menyebabkan kursus-kursus kurang releven ditawarkan untuk program kemahiran tersebut

"Malah Ketidakseragaman dalam silibus dan polisi institusi, keadaan pembelajaran yang tidak berdasarkan industri sekarang, serta tiada bimbingan kerjaya menyukarkan usaha untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi," kata Andre.


Beliau juga mendakwa data menunjukkan meskipun 80% pelatih TVET mendapat kerja, namun kebanyakkan daripada mereka masih lagi menerima gaji bulanan tidak melebihi RM 2,000 sebulan.


Kerana tiadanya pengiktirafan sosial kepada bidang TVET, ibu bapa dan anak muda jelasnya lebih menunjukkan kecenderangan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan walaupun laporan Economic Transformation Programme 2013 menganggarkan bahawa pekerja berkemahiran vokasional dan persijilan profesional adalah golongan tenaga kerja yang paling diperlukan di Malaysia.

Andre Lai

Justeru menurutnya, Belanjawan 2023 dibentangkan Jumaat lalu merupakan jalan keluar kepada semua masalah itu. Buat pertama kalinya kerajaan dilihat menunjukkan dedikasi tinggi memperkasakan dan sekaligus menjayakan sektor TVET.


"Kerajaan Malaysia Madani mengambil pendekatan yang luar biasa kali ini dalam TVET, dengan membenarkan lebih daripada 50 konglomerat pemain industri utama untuk mengambil alih sebahagian operasi institusi TVET melalui kolaborasi.


"Misalnya, DRB HICOM yang menerajui industri pembuatan automotif akan memastikan pelatih TVET yang berkemahiran dapat dihasil dari institusi-institusi latihan sedia ada. Begitu juga dengan Petronas, MRCB dan Sunway, masing-masing mereka menerajui industri gas, minyak, pembinaan dan perhotelan.


"Pada masa yang sama, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut diberi suntikan peruntukkan besar untuk memanfaatkan lebih 8,000 pelatih," jelas Andre dalam kenyataan tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page