top of page

Kempen PRN guna media sosial, harap pengundi keluar beramai-ramai - Gue Teck



Calon N14 DUN Klebang, Gue Teck agak kecewa kerana Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen Pilihan Raya Negeri Melaka yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya amat ketat kali ini.


Beliau yang mempertahankan kerusi DUN Klebang berkata, kempen sebahagian besarnya terpaksa dilakukan menggunakan media sosial apabila ceramah dan kunjungan rumah ke rumah tidak dibenar.


"Di PRN ini kita tidak boleh buat kempen besar-besaran maka kita guna media sosial yang sederhana.


"Kereta saya tampalkan HARAPAN, supaya rakyat ada harapan kali ini. Dan cogankata KEADILAN memenuhi HARAPAN.


"Nama saya Gue Teck. Nombor 3 bagi DUN N14 Klebang," katanya dalam satu klip video.


Terdahulu, Gue Teck dalam sidang media bersama beberapa pimpinan utama KEADILAN menyeru agar pengundi N14 Klebang keluar mengundi beramai-ramai pada 20 November bagi memilih kerajaan negeri yang stabil.


Beliau juga menyeru agar pengundi yang berada di luar Melaka untuk balik mengundi


"Dalam PRN ini saya menyeru pengundi di Klebang ambil kesempatan lunaskan tanggungjawab dan menjemput ahli keluarga, kawan-kawan supaya melunaskan tanggungjawab pada 20 November


"Saya mengharapkan kerajaan memudahkan para perkerja (pengundi luar Melaka) di Thailand dan Singapura untuk balik mengundi," katanya.


Dalam sidang media itu, Gue Teck turut mengingatkan pengundi Klebang tentang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang banyak menyusahkan rakyat terutama peniaga kecil sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020 hingga 2021.


Katanya MITI membenarkan kilang besar dibuka tetapi peniaga kecil dan sederhana terpaksa tutup kedai buat sementara.


Kini, calon MCA yang bertanding di N14 Klebang, Datuk Lim Ban Hong adalah Timbalan Menteri MITI.


"Semasa PKP rakyat jelata menderita terutama peniaga kecil di sekitar Klebang. Mereka tiada hala tuju dalam PKP1, 2 dan 3.


"Perdana Menteri sekarang pun (ketika itu Menteri Pertahanan) mengatakan pintu depan telah tutup, MITI membuka pintu belakang. MITI membantu kilang kilang besar," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page