top of page

Kemerdekaan jiwa, minda syarat utama kembalikan kegemilangan negara



Penjajahan telah 65 tahun berlalu sejak tanggal 31 Ogos 1957.


Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat masih perlu memerdekakan jiwa mereka daripada dibelenggu oleh bangsa sendiri yang menguasai politik, ekonomi, mengadu domba dan menanam agenda memecah belah perpaduan.


"Kita telah berjaya menggantikan elit politik Inggeris dengan elit politik dan sosial di kalangan pribumi dan rakyat tempatan.


"Namun masalah lebih besar ialah jiwa yang terjajah. Elit yang baru mengambil alih. Warna kulit lain, bangsa, agama lain tetapi sikap keangkuhan dan memunggah kekayaan itu diteruskan. Sebab itu kita kena tekankan dan memaknai merdeka.


"Maknanya dari pimpinan tertinggi sehingga rakyat, harus tahu dengan amanah dan kuasa di peringkat kecil, penghulu, daerah sehinga ke pejabat Perdana Menteri mestilah melahirkan manusia yang jiwanya merdeka. Tidak sanggup negara ini dijadikan perkakas untuk memperolehi habuan golongan elit.


"Memaknai merdeka itu maknanya adalah untuk mengembalikan hak kepada rakyat dan mengangkat martabat negara ini.


"Saya yakin kalau semangat ini ada di kalangan rakyat Malaysia, negara akan muncul sebagai negara hebat dan gagah di Asia Tenggara," katanya dalam pidato Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2023 Bersama YAB Perdana Menteri, tengah hari tadi.


Sehubungan itu, PM berkata, dalam waktu negara mempertahankan hak dan wilayah daripada diganggu gugat walau seinci pun oleh kuasa asing, rakyat harus mempertahankan keamanan negara daripada diganggu gugat oleh unsur dalaman yang tidak senang dengan pemulihan ekonomi dan keharmonian sosial.


"InshaAllah Kerajaan Perpaduan dan negara Madani ini akan tetap mempertahakan hak rakyat di bumi bertuah


"Sebab itu kita mesti tumpu perhatian kita terhadap apa sahaja usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan di kalangan kita.


"Jangan remehkan hal ini. Ada negara hebat dengan tamadun hebat tetapi hancur bukan sahaja kerana tatakelola dan rasuah tetapi dimain api perkauman dan kefanatikkan agama.


"Dan kebebasan (bersuara) digunakan dengan bijak. Bukan kebebasan mengadu domba, kebebasan mencerca tetapi kebebasan mengangkat martabat manusia," ujarnya.



Melalui kestabilan politik, kata Ahli parlimen Tambun itu, maka kerajaan boleh merangka pelan dan strategi ekonomi yang lebih mampan seperti pelan peralihan tenaga ke arah tenaga boleh diperbaharui dan juga bakal melancarkan dasar industri negara yang akan membawa Malaysia masuk ke gerbang industri baharu Revolusi Industri 4.0.


Katanya, semua itu tidak mudah dilakukan dalam negara yang berbilang kaum, setiap sesuatu yang berlaku mempunyai pentafsiran berbeza dalam ruang lingkup kaum serta agama berbeza.


Oleh itu, PM menyerukan agar rakyat saling berkompromi untuk hidup dengan lebih harmoni di Malaysia.


"Negara pelbagai kaum dan agama tidak mudah diurus, setiap hal akan menimbulkan sensitiviti. Setiap kenyataan dilihat mengikut acuan budaya kaum dan agama masing masing.


"Medeka ini wajar menimbulkan semangat jiwa merdeka, cerdas dan berilmu. Merdeka daripada penguasaan dan kongkongan asing serta fahaman tempatan yang kolot dan jumud. Yang menggongkong kita atas nama kaum dan agama


"Mari kita bangkitkan semangat baru, mari kita gilap idealisme Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini," kata Anwar lagi.


Beliau dengan itu menyerukan pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini, bukan sahaja rakyat alami merdeka fizikal seperti sebelumnya tetapi mereka mengubah diri ke arah merdeka jiwa dan pemikiran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page