top of page

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu kembali diperkasakan - Nurul Izzah


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa menjadikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai salah sebuah kementerian kanan.


Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi KPWKM, Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan bertanggungjawab melindungi dan menjaga golongan yang memerlukan.


"KPWKM mesti merancang cara untuk melindungi rumah tangga yang dikepalai perempuan, anak-anak yang terdedah kepada pemangsa, populasi rakyat Malaysia yang semakin tua, dan kumpulan masyarakat lain yang rentan. Pemerkasaan golongan itu mesti merangkumi pemerkasaan KPWKM.


"Kami dengan rendah hati menyarankan agar kerajaan melakukan penumpuan kembali kepada melindungi dan menjaga maruah serta kesejahteraan wanita, anak-anak, orang tua, orang kurang upaya, orang miskin, mangsa keganasan dan penderaan rumah tangga, dan mangsa bencana.


"Semua ini melalui penubuhan semula KPWKM sebagai kementerian kanan," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan yang dibuat secara bersama dengan Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina turut menggariskan beberapa perkara.


Perlindungan Sosial dalam Pandemik COVID-19


Seperti kerajaan lain di seluruh dunia, Malaysia memastikan bantuan wang tunai tersedia untuk isi rumah yang mempunyai pendapatan rendah.


Walau bagaimanapun, kerentanan dalam pandemik ditentukan bukan hanya oleh keadaan kewangan seseorang, tetapi juga aksesibiliti seseorang terhadap perlindungan sosial.


Sepanjang tempoh PKP permintaan bantuan meningkat. Organisasi Bantuan Wanita menyaksikan pertanyaan menerusi talian keganasan rumah tangga meningkat tiga kali ganda.


Ini memperlihatkan perlunya sokongan kesihatan emosi dan mental kerana separuh daripada pemanggilnya menunjukkan tanda-tanda kegelisahan, tekanan, kemarahan atau kemurungan.


Rasa tidak selamat mengenai makanan, keselamatan, keluarga, sewa dan utiliti telah menyebabkan banyak kerugian.


Mengatasi kesusahan yang biasa disebabkan oleh gangguan yang merupakan COVID-19 adalah tugas yang jatuh juga di bahu KPWKM, walaupun KKM menjadi platform pertama untuk mendapatkan maklumat.


Kami menggesa kerajaan melihat "Strategi Kesejahteraan Kanak-kanak dan Remaja" yang dilaksanakan oleh New Zealand untuk menangani masalah golongan memerlukan di masa depan.


Berdasarkan polisi Perdana Menterinya, Jacinda Ardern sejak Ogos 2019, ia diikuti dengan senarai langkah COVID-19 meliputi sokongan kewangan, pendidikan, keselamatan dan pemakanan untuk golongan muda.


Negara ini mendapat sokongan kewangan yang tidak terhingga seperti kredit cukai, pelepasan pendapatan dan pembekuan sewa, tetapi yang penting, peningkatan dana untuk menjamin penyampaian bantuan makanan, pengajaran dan pembelajaran dalam talian, dan perkhidmatan menangani keganasan keluarga.


Harimau Kehilangan Taring


Meskipun mempunyai tugas besar, KPWKM seolah-olah dikenakan gencatan senjata.


Dari RM 1.9 bilion pada tahun 2016, KPWKM menyaksikan bahagian belanjawan persekutuannya meningkat kepada RM 2.5 bilion pada tahun 2020, peningkatan tetapi boleh mendapat lebih banyak, terutamanya memandangkan jumlah belanjawan persekutuan berjumlah RM297 bilion.


Ia disusuli keputusan PN untuk mengenepikan aktivis dan golongan profesional sebagai ketua-ketua agensi di bawah KPWKM. Perlucutan jawatan beberapa pemimpin terkemuka dalam masyarakat diganti dengan ahli-ahli parlimen dengan kurang pengalaman yang relevan yang menimbulkan persoalan, termasuk LPPKN?


Perlu diingatkan bahawa keberadaan KPWKM adalah untuk membantu orang-orang yang kurang berkemampuan dan yang rentan, bukan sekadar untuk meraih pujian.


Selain itu, terdapat 110 program perlindungan sosial daripada 20 kementerian dan agensi.


Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), misalnya, berfungsi untuk menyediakan perumahan bagi mereka yang miskin atau kurang berkemampuan namun ia diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar ketika Kementerian Wanita telah lama memainkan peranan dalam membantu gelandangan.


Bagi barisan hadapan kesejahteraan sosial, jumlahnya tidak mencukupi.


Nisbah di Malaysia adalah satu pekerja sosial untuk setiap 8,576 warganegara iaitu lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat (1 untuk setiap 490); Australia (1 untuk setiap 1,040), dan Singapura (1 untuk setiap 3,448).


Sebagai kementerian barisan depan, KPWKM akan diberi pertimbangan pertama dalam membentangkan Akta Pekerjaan Sosial.


KPWKM Perlu Ke Hadapan


Kerajaan PN pada 29 Jun “mengaktifkan semula” Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), sebuah majlis yang ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memilih pakar di KPWKM, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, dan Unit Perancang Ekonomi untuk membangunkan sistem perlindungan sosial yang holistik dan bersepadu.


Di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KPWKM ketika itu, usaha telah dilakukan untuk mencapai hal tersebut.


Malah, Rancangan Perlindungan Sosial Nasional sedang berjalan, seperti penubuhan Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial yang dipelopori oleh KPWKM untuk menangani program bantuan sosial yang “terpecah-pecah”.


Apabila jawatan pengerusi MySPC diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin; kami menggesa agar permusuhan politik tidak membatalkan pelaksanaan sebelum ini.


Setakat ini, rang undang-undang KPWKM belum dibentangkan dalam sidang parlimen ini.


Selain daripada Akta Kerja Sosial, Akta Gangguan Seksual misalnya, telah bersedia untuk dibentangkan seawal bulan Mac, tetapi sekarang telah ditangguhkan hingga akhir tahun. Ia amat diperlukan ketika ini.


Aksesibiliti untuk perlindungan sosial, kesejahteraan dan bantuan mungkin tidak dapat ditangani setiap saat, tetapi keperluannya dititikberatkan ketika pandemik.


Kami berharap kerajaan memusatkan kembali peranan KPWKM dan menganjurkan langkah sokongan sosial dengan semangat yang jitu.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page