top of page

Kementerian Pertanian kaji harga padi, benih, elak bebankan rakyat



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bercadang melaksanakan kajian terperinci harga padi dan benih padi untuk memastikan peruncit dan pengguna tidak terbeban.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat bagi menentukan aspek penyelarasan harga. 


"Ia bagi memastikan (kepentingan) golongan pesawah, pemborong, peruncit dan pengguna. Maka perbincangan perlu dibuat dengan lebih tersusun supaya semua pihak mendapat faedahnya nanti," kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai langkah segera KPKM bagi menangani isu penjualan benih padi sah yang begitu menekan pesawah serta menjejaskan hasil pengeluaran padi dan kadar sara diri (SSR) beras negara.


Bagi langkah jangka masa pendek pula, Mohammed berkata, 50,000 kampit Benih Padi Sah (BPS) akan diluluskan esok dengan 31,000 diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan 19,000 lagi disalurkan ke Perlis dan luar jelapang negeri Kedah.


Tambahnya, perkara itu antara langkah drastik jangka pendek dilaksanakan kementeriaan bagi memastikan bekalan BPS mencukupi dan harganya terkawal.


"Selain itu, kementerian turut memantau dan mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar BPS berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan jabatan dan agensi sebelum BPS dijual kepada pesawah," ujarnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page