top of page

Kelompongan Akta Akti Lompat parti akibat sikap pemimpin PN



Kelompongan Akta Anti Lompat Parti yang kini dipertikaikan oleh PN kerana membenarkan Ahli Parlimen mereka menyokong gabungan lain biar pun tidak menukar parti adalah disebabkan oleh sikap pemimpin PN itu sendiri.


Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Danish Hairudin, sekiranya pemimpin PN tidak menentang draf Rang Undang-undang (RUU) yang diusulkan pada tahun 2021 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai masalah Ahli Parlimen bertukar sokongan maka hal yang berlaku hari ini tidak akan terjadi.


"Draf tersebut menyatakan jika seseorang ahli Parlimen bertukar sokongan di dalam Dewan Rakyat terhadap blok berlawanan, mereka tetap akan dikira melompat parti walaupun tidak isytihar keluar atau dipecat parti.


"Wan Junaidi pernah mengatakan kelompongan dan kesan ini tetapi ketika itu dalam kabinet yang menentang klausa berkenaan adalah daripada PN iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


"Ia kerana mereka dah terbiasa melompat-lompat selain menjangkakan mudah untuk menarik ahli-ahli Parlimen lain sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 lalu tidak cukup korum tetapi tidak berjaya," katanya dipetik dalam Wacana Sinar Siri 420 yang bertajuk ‘Undang-undang Lompat Parti Lompong?’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.


Menurut Danish lagi, kelompongan tersebut mungkin 'sengaja' dibiarkan berlaku oleh PN kerana sikap mereka yang sering melompat parti sebelum ini.


"Belum pernah lagi dalam sejarah negara kita, lebih 30 ahli Parlimen menumbangkan kerajaan dengan melompat daripada parti asal mereka.


"Ini telah memberi satu mesej yang kurang sihat kepada masyarakat apabila melihat Ahli Parlimen lebih berkuasa daripada rakyat sendiri," katanya.


Program wacana itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Setiausaha Negeri PN, Dr Afif Bahardin dan Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ooi Kok Hin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page