top of page

Kajian kemiskinan MPI Permatang Pauh tambah baik indeks kemiskinan negara



Kajian kemiskinan multidimensi yang dijalan di Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini menambah baik data indeks kemiskinan negara.


Menurut Pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh, kajian kemiskinan tersebut yang dilakukan secara kerjasama antara Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar dan Profesor Dr Fatimah Kari, mantan Profesor Ekonomi dan Pengarah Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan di Universiti Malaya telah memperincikan pembangunan indeks MPI (Multidimensional Poverty Index) secara lebih realistik.


"Kajian ini sebagai kaedah alternatif bagi mengukur kadar kemiskinan berdasarkan dimensi keperluan asas dalam keluarga ketua isi rumah (KIR) yang miskin.


"MPI yang lebih tinggi menunjukkan kesan lebih parah kepada kualiti hidup," kata kenyataan berkenaan.


Tambah kenyataan itu lagi, Menteri Ekonomi Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memberi ucapan penutup dalam majlis pelancaran laporan tersebut semalam telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pejabat Parlimen Permatang Pauh di atas usaha membasmi kemiskinan di Malaysia


Kata beliau, dengan kajian MPI Permatang Pauh membantu melahirkan ukuran lebih komprehensif dengan perspektif tempatan dan geografi - lantas menambah nilai kepada penggunaan mekanisma MPI oleh kerajaan dalam menyahut saranan UNDP sejak 2016, dan kajian yang sama sepatutnya dilakukan juga di kawasan-kawasan parlimen lain.


Menurut kenyataan itu, laporan kajian jelas menunjukkan KIR wanita mempunyai kadar penyisihan yang jauh lebih tinggi dalam setiap dimensi kemiskinan berbanding KIR asas dan menghuraikan dimensi yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 seperti Pengajalan ddan Pembelajaran di Rumah, kehilangan pekerjaan dan pendapatan.


"Skor purata tahap pendidikan KIR ibu tunggal adalah lebih rendah berbanding purata tahap persekolahan KIR asas.


"Pendapatan purata KIR asas adalah sebanyak RM2,131.85 sebulan berbanding RM1,451.71 sebulan untuk KIR wanita.


"Indeks impak pendidikan terhadap pendapatan juga berbeza dengan KIR asas yang mencatat skor 0.73 berbanding dengan KIR ibu tunggal sebanyak 0.62," kata kenyataan itu.


Selain itu, kajian juga mendapati kemiskinan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi dan berisiko menjadi generasi tercicir.


"Kajian ini juga mendapati kadar penyisihan golongan kanak-kanak dari segi dimensi bekalan air (0.079) dan elektrik (0.07) merekodkan kadar penyisihan yang rendah.


"Namun begitu, penyisihan dari segi perumahan dan sanitasi didapati agak sederhana iaitu masing-masing pada kadar 0.344 dan 0.278," jelas kenyataan itu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page