Jihad terhadap inflasi, jangan pula serang pekerja asing



Penubuhan pasukan kabinet untuk jihad melawan inflasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob biar pun telah terlewat tetapi masih agak berguna dalam keadaan rakyat tertekan menghadapi kenaikan harga barang.


Namun apabila Ismail dalam satu kenyataan mengaitkan pekerja asing menikmati saubsidi ayam punca kenaikan harga maka jihad tersebut menjadi 'lucu'.


Bagi calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Lau Yi Leong, Mohd Fakharuddin Muslim dan Suria Vengadesh, bukan sahaja mustahil untuk melaksanakan kawalan kepada bukan warganegara daripada membeli ayam, tetapi sangat tidak produktif menyalahkan pekerja asing sebagai punca subsidi ke atas ayam ditarik balik.


"Pernyataan Perdana Menteri yang cuba memangsakan pekerja-pekerja asing bagi menjustifikasikan keputusan Kerajaan mengurangkan subsidi amatlah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.


"Ekonomi Malaysia amat bergantung kepada pekerja-pekerja asing, khususnya dalam beberapa sektor yang penting seperti perladangan, pembuatan dan pembinaan," kata mereka dalam kenyataan bersama..


Menurut calon MPP AMK itu menyalahkan pekerja asing tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya kata mereka pada 4 Jun 2021, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia menyatakan bahawa sektor pembuatan yang menyumbang kepada 23 peratus ekonomi Malaysia memerlukan kira-kira 600,000 tenaga kerja bagi memastikan hasil perniagaan mereka mencapai paras yang sama seperti sebelum pandemik


"Masalah kekurangan pekerja asing yang menjejaskan ekonomi negara turut diakui oleh Menteri Sumber Manusia dan selanjutnya memberi jaminan Kerajaan akan menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing itu


"Ironinya, pernyataan Perdana Menteri yang memangsakan golongan pekerja pula dibuat pada hari yang sama Menteri Sumber Manusia memberi komitmen untuk menambah lagi bilanganmereka untuk membantu pembangunan ekonomi negara kita. Maka persoalannya, apakah sebenarnya Kerajaan mahu?


"Kewujudan pekerja-pekerja asing dalam struktur ekonomi Malaysia bukan bersifat parasit," kata calon MPP AMK itu.


Menurut mereka lagi, biar pun kebanyakan pekerja asing tidak membayar cukai pendapatan seperti juga majoriti rakyat Malaysia, mereka tetap membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di seluruh negara.


Maka pekerja asing, kata mereka, seharusnya diberi layanan saksama sekurang-kurangnya dari segi kos sara hidup harian supaya mereka juga dapat mengekalkan kualiti kehidupan yang bermaruah, sementara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.


"Kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri perlu berhenti menggunakan taktik mempermusuhkan rakyat Malaysia dengan golongan pekerja asing bagi menyorok kegagalan menangani masalah inflasi harga barangan.


"Rakyat sudah mual dengan politik yang mengekploitasi kebencian.


"Jangan menghina kebijaksanaan rakyat, kerana rakyat yang bijak akan lebih rela membenarkan golongan pekerja asing yang bersama-sama membangunkan ekonomi negara menikmati subsidi secara saksama daripada membenarkan wang yang dijimatkan melalui pengurang subsidi itu diguna untuk menampung gaji, elaun dan kos saraan Menteri-menteri yang gagal berfungsi dengan berkesan," kata mereka lagi.


Terdahulu, pada 3 Julai lalu, PM Ismail Sabri berkata, "Sekarang warga asing pun nikmati subsidi ayam" dan kerana itu kerajaan membuat keputusan untuk mengapungkan harga ayam.


Kenyataan tersebut mendapat kecaman netizen di laman sosial.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER