Jangkitan Covid Malaysia kedua selepas India, proses vaksinasi ketinggalan berbanding unjuran


Situasi Covid 19 semakin membimbangkan, dengan kes jangkitan mengikut statistik dikeluarkan pada 19 Mei lalu mencatat Malaysia di tempat kedua parahnya selepas India.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) memikirkan pelan tindakan segera sebelum keadaan bertambah buruk.


Jadual 1: Malaysia 'juara' di Asia Tenggara jangkitan Covid

Katanya, keadaan semasa telah membuat rakyat berasa bimbang, tertekan serta mungkin berputus harap.


"Kalau dilihat statistik mengikut minggu kes bagi setiap 1 juta populasi, India tertinggi, diikuti Malaysia.


"Kalau kita tidak anggap ini sesuatu yang sangat membimbangkan maka kita sendiri mengundang malapetaka. Saya seru rakyat semua siap sedia, berjaga dan ikut peraturan ditetapkan.


"Masalah kita adalah vaksin. Kita boleh buat PKP, PKPB, pelbagai langkah, tangkap orang, kompaun. Masalahnya adalah vaksin," kata Anwar dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.


Jadual 2: Program vaksinasi lembab, unjuran terlalu tinggi, suntikan vaksin perlahan

Ahli Parlimen Port Dickson itu mengulangi sekali lagi hal yang beliau cadangkan pada Mac lalu, agar mengikut pengalaman beberapa negara yang teruk diserang Covid 19 dengan menyuntik rakyat satu dos vaksin terlebih dahulu.


Formula itu, katanya telah berjaya mengurangkan kes jangkitan di negara-negara yang mencubanya.


"Saya sebut di sini orang miskin bandar bila nak dapat (vaksin)? Tunggu berapa lama? Di luar bandar, di desa nak tunggu berapa lama?


"Sebab itu saya kata beri satu dos kepada semua. Dos kedua boleh ditangguhkan. Beri peluang kepada orang lain dulu, selesai satu dos tambah lagi.


"Ada komen (idea itu) tidak cerdik. Tetapi inilah keadaannya. Sekarang ini ada kajian membuktikan bahawa lebih lama tunggu dos kedua maka lebih baik," ujarnya.


Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempertikaikan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pihak kerajaan PN.


Sebaliknya, kata Anwar, pasukan penasihat beliau mendapati pada ketika ini kekurangan pemberian vaksin kepada rakyat berbanding unjuran kerajaan adalah sekitar 3.6 juta orang.


"Ikut unjuran April vaksin 1 juta, Mei 4 juta dan bulan Jun 9 juta orang. Kenyataannya berbeza. Yang dapat vaksin jauh kurang daripada yang diunjurkan. Bulan april ada kekurangan 450,000. Bulan Mei cecah hampir 3 juta orang.


"Ini kita bangkitkan kerana unjuran itu tidak munasabah. Kalau ikut, Jun penerimaan vaksin 9 juta dan ini tidak akan berlaku.


Jadual 3: Sangat sedikit vaksin diterima Malaysia berbanding negara lain

"Sebab itu saya tegaskan soal data yang lengkap perlu diperolehi. Kita tengok apa masalahnya. PM dan menteri beritahu vaksin memihak kepada negara kaya. Ada kebenarannya.


"Tetapi bila lihat data Sinovac dan Sinopharm, pesanan dan penerimaan. Lihat Thailand 7.6 juta dipesan, yang diterima 49%. Indonesia 140 juta diterima 40%, Turki 100 juta diterima 20%, Malaysia yang dipesan 15 juta yang diterima 7%.


"Mengapa begitu teruk keadaan di Malaysia? Apakah PM sibuk sangat tidak boleh hubungi PM China untuk tambah penghantaran vaksin?" tanyanya.


Untuk itu, Anwar tertanya-tanya kerana Menteri Luar, Hishamuddin Hussein baru-baru ini mengakui China sebagai 'Abang Besar' Malaysia. Mengapakah Abang Besar tidak menolong 'adiknya'?


Manakala satu kes lain, menurut Anwar, vaksin Sinopharm yang sejak Mac lalu telah diumumkan 10,000 tiba di Malaysia tetapi sehingga ke hari ini kelulusannya masih belum diberikan.


Katanya, tidak ada guna kerajaan memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja mengimport vaksin jika tiada kelulusan untuk penggunaan. Bagi kes Sinopharm, katanya, 42 negara telah memberi kelulusan namun tidak Malaysia.


Anwar juga menyarankan agar negeri yang terjejas teruk seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Sarawak diutamakan untuk suntikan.


Data lokaliti jangkitan Covid 19 turut dikritik beliau kerana begitu dirahsiakan dan jika diberi pun data yang telah lewat 2 minggu, berbanding negara lain dalam lingkungan 3 hari.


Katanya, apa sahaja langkah tidak akan berkesan jika data lokaliti jangkitan tidak dikumpulkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER