Jangkaan pelaburan tinggi RM43 bilion di Kedah kejayaan era PH

Updated: 2 days ago


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah tidak perlu terlebih berbangga dengan nilai pelaburan bakal diterima sejumlah RM43 bilion.


Bukan sahaja pelaburan tersebut berstatus 'bakal' dan mungkin tidak menjadi kenyataan namun ianya dirintis sejak era pentadbiran Menteri Besar Mukhriz Mahathir ketika Pakatan Harapan berkuasa.


Tidak mustahil Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri berjaya menarik pelaburan luar dan dalam negara, namun sama ada janji pelaburan akan diteruskan atau tidak oleh pelabur bergantung kepada situasi semasa.


Bagi Ahli Palimen Merbok, Nurin Aina, Kerajaan Negeri Kedah yang diiktiraf oleh MIDA memperolehi pelaburan tertinggi sebanyak RM43 bilion itu harus membuktikan pencapaiannya dengan mengembalikan hasil kepada rakyat dengan menyediakan lebih banyak skim bantuan.


"Pencapaian ini dianggap sejarah kerana selama ini Kedah sentiasa tercorot berbanding negeri-negeri lain dari segi pertumbuhan ekonomi, rizabnya juga terhad, sumber pendapatan yang tidak melimpah ruah dan pada masa yang sama perlu mengekalkan status sebagai negeri jelapang padi bagi menjamin bekalan makanan negara.


"Mengimbas kembali semasa Pakatan Harapan mentadbir, suatu fakta yang tidak boleh dikesampingkan Kedah telah berada di tempat kedua selepas Pulau Pinang dengan mencatat pelaburan sebanyak RM7.6 bilion pada suku pertama tahun 2019.


"Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan Menteri Besar pada ketika itu optimis dan menjangkakan Kedah mampu mencapai jumlah pelaburan RM10 bilion pada hujung tahun 2019.  Namun akhirnya di luar jangkaan, sejumlah RM14.7 bilion nilai pelaburan berjaya dicapai melebihi sasaran, sekaligus telah meletakkan Kedah di dalam senarai top 5, kedudukan kelima selepas Selangor, Penang, Johor dan Kuala Lumpur.


"Jumlah RM43 bilion yang bakal dituai oleh Kerajaan Negeri sekarang bagi saya adalah umpama biji benih yang pernah disemai sebelum ini. Meskipun jumlah pelaburan ini hanyalah 'approved investment', belum lagi 'actual investment' namun sebagai rakyat Kedah saya mengharapkan pelaburan ini benar-benar direalisasikan dan diharapkan tiada pelabur-pelabur yang akan menarik diri," kata Nurin dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, rakyat Kedah ketika ini tetap juga tidak dapat merasa jumlah 'hebat' pelaburan berkenaan.


Apatah lagi, katanya, dalam suasana pandemik Covid 19 dan lembabnya Kerajaan menangani masalah pemberian vaksin.


"Situasi pandemik COVID19 di Kedah amat mencabar dan menjadi tanda aras pentingnya proses vaksinasi ditingkatkan secara agresif selari dengan pembukaan sektor sosioekonomi secara bersasar.


"Saya yakin pelaburan ini hanya akan mampu terlaksana dan menjadi realiti sekiranya Kerajaan benar-benar mampu menangani Covid 19 dengan sebaiknya, urustadbir yang baik di samping memudahkan birokrasi serta tiada penglibatan rasuah dalam mana-mana peringkat untuk menangani wabak Covid 19 ini," katanya lagi.


Nurin turut mengingatkan nilai pelaburan sebaik-baiknya tidak hanya menjadi halwa telinga tetapi mesti dibuktikan dengan keazaman dan kesungguhan melaksanakan skim kebajikan demi kepentingan rakyat Kedah secara keluruhan.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER