Jangan tekan hak asasi, berkarya golongan seniman, aktivis politik - Anwar


Gangguan dan soal siasat berterusan kepada golongan seniman dan aktivis politik tidak boleh ditoleransi dalam negara demokrasi seperti Malaysia.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prosedur penguatkuasaan undang-undang untuk menakut-nakutkan golongan artis dan aktivis politik atau menghalangi kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan hanya akan memburukkan lagi reputasi negara di mata dunia


Katanya, soal siasat dan penahanan akan mengancam kemampuan golongan karyawan untuk memberi inspirasi keindahan melalui pertukaran idea dan wacana yang bermanfaat.


"Soal siasat ke atas Anna Har dan Amin Landak yang disusuli dengan serbuan ke rumah dan pejabat mereka di Freedom Film Network adalah yang terbaru dalam siri tindakan yang dilakukan oleh penguatkuasa di Malaysia selama beberapa bulan terakhir.


"Pada masa krisis dan darurat, ketika ketertiban politik dan masyarakat paling terkesan, ini bukan waktunya untuk menekan dan menggunapakai undang-undang kontroversi yang perlu dikaji oleh Parlimen.


"Terlalu bergantung kepada undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia amat tidak sesuai dan tidak dapat diterima diguanakn untuk menekan artis, wartawan atau aktivis," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, artis, wartawan dan aktivis politik sama pentingnya bagi menghidupkan fungsi demokrasi.

Katanya, golongan berkenaan memberikan semak dan imbang yang diperlukan untuk sistem yang harus dilindungi agar tidak terjerumus ke dalam kediktatoran yang merosakkan.


"Dalam masyarakat yang bertoleransi, kita melindungi kebebasan semua orang untuk mengatakan apa yang mereka boleh. Jadi kita memandang serius tuduhan yang dikenakan. Masyarakat kita diasaskan atas kepercayaan dalam kalangan masyarakat.


"Menyalahgunakan kuasa akan menyingkirkan kepercayaan ini dan menghina kebebasan badan kehakiman kita. Ia juga dianggap tidak menghormati rakyat dan Perlembagaan," katanya lagi.


Untuk rekod, Anna Har dan kartunis Amin Landak telah dipanggil polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai tayangan perdana animasi berjudul 'Chilli Powder & Thinner' pada 12 Jun lalu.


Animasi 'Chilli Powder and Thinner’ terbitan Suaram dikatakan digarap berdasarkan kisah benar seorang remaja berusia 16 tahun yang ditangkap dan dipukul oleh polis bersama dua individu lain.


Dalam animasi itu, mereka dipaparkan diikat dan dipukul dengan benda seperti cota kayu dan getah paip, sebelum badan mereka dilumurkan dengan serbuk cili dan cecair thinner.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER