'Jangan salahkan Kit Siang, ekonomi Malaysia memang buruk di bawah BN' - Azan



Tindakan menyiasat supremo DAP Lim Kit Siang kononnya menghasut rakyat Malaysia untuk bertindak sebagaimana rakyat Sri Lanka yang merusuh akibat kehancuran ekonomi negara itu tidak mencerminkan BN sebuah kerajaan yang toleran.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, realitinya rakyat melihat ekonomi Malaysia bertambah buruk di bawah pemerintahan BN - PN berbanding ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 2018 - 2020 lalu, dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan mentah makanan.


Oleh itu katanya, para pemimpin Umno tidak seharusnya memutar belit kenyataan Kit Siang atau menggunakan strategi lapuk menggambarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebagai pemecah keamanan negara.


"Peringatan Kit Siang itu menjadi 'tekan butang merah', maknanya kena segera ambil tindakan untuk perbaiki keadaan negara kerana inflasi begitu tinggi selepas pandemik Covid 19.


"Kerajaan baru baru ini mengaku mansuhkan AP import makanan kerana bekalan makanan asas tidak mencukupi. Isu harga barang mahal dan isu pekerjaan pula masih belum selesai. Lebih teruk lagi isu 1MDB kembali menjadi sebutan dan kita seolah-olah 'dibogelkan' oleh media antarabangsa berkenaan isu rasuah yang teruk itu


"Jadi jangan sampai rakyat negara kita merasa keadaan semakin buruk. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno insaf dan beri tumpuan utama untuk cari penyelesaian, bukan hasut rakyat" katanya.


Mengenai komen huru hara sebagaimana disebut Kit Siang, Azan menjelaskan bahawa jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak memperbaiki ekonomi, tidak mustahil Malaysia akan merasai bahang ketidaktentuan biar pun tidak seteruk Sri Lanka.


"Jika sesebuah negara itu tidak menguruskan sosio ekonomi dengan baik, sebagai contoh apabila inflasi melonjak tanpa kawalan, harga barang meningkat, bekalan makanan asas tidak mencukupi, gaji rendah, tekanan hidup meningkat dan kerajaan berhutang terlalu tinggi, memang mana-mana negara pun akan berlaku ketidakstabilan (ekonomi).


"Contohnya negara Greece alami kemelesetan ekonomi kerana pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Di Malaysia pula, rakyat tahu rasuah menjadi punca utama. Jadi tindakan itu tak perlu kepada hasutan pun, rakyat boleh tengok maklumat di hujung jari mereka. Sekarang zaman IT dan bukan zaman 20 tahun dulu.


"Kita tidak boleh sorok maklumat nak sapu bawah karpet, kita mesti bersikap bertanggungjawab," katanya.


Justeru, Azan mahu rakyat berfikir lebih matang menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 nanti kerana terbukti kerajaan pintu belakang BN - PN gagal bertanggungjawab, gagal kawal kemelesetan ekonomi dan seolah olah tidak mempunyai perancangan ke hadapan untuk mentadbir negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER