Jangan cemarkan maruah wanita dengan pemeriksaan 'datang bulan' memalukan - Nurin Aina


Kontroversi pemeriksaan datang bulan bagi memastikan seseorang pelajar tidak ponteng solat fardu di sekolah berasrama yang tular baru-baru ini wajar dijadikan larangan wajib dalam sistem pendidikan negara.


Menurut Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina, terdapat pelbagai kaedah lain dalam mendidik remaja perempuan agar menunaikan solat berbanding kaedah memalukan seperti pemeriksaan fizikal sebagaiana yang tular dan mendapat kritikan warga maya itu.


"Keuzuran syar'i kerana datang bulan bukanlah suatu tiket untuk ponteng menunaikan solat. Namun, menggunakan alasan datang bulan dan memeriksa pelajar secara fizikal dengan cara yang pelbagai pula sebenarnya sesuatu yang memalukan, apatah lagi dijadikan sebagai gurauan.

"Isu culas dalam menunaikan solat harus diatasi dengan memeriksa pemahaman dan penghayatan mereka tentang solat bukan pemeriksaan yang menimbulkan keaiban.


"Umum mengetahui, syarat wajib menunaikan solat selain Islam adalah baligh, berakal, suci dari haid dan nifas bagi perempuan. Namun, menjaga maruah seseorang dari dimalukan, apatah lagi yang menyentuh privasi remaja wanita dan perasaan mereka tidak wajar dikesampingkan. Kesannya ini amat besar terhadap psikologi mereka.


"Selaku seorang ibu, saya juga amat berhati-hati dalam memahamkan anak remaja perempuan saya akan persediaan mental bila datang bulan. Perubahan-perubahan diri remaja termasuklah fizikal dan emosi memang memerlukan sokongan ibu bapa secara khusus termasuklah mereka yang berada di sekitaran hidupnya di sekolah atau di asrama," kata Nurin dalam satu kenyataan.


Tambah Pembantu Jurucakap KEADILAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, lebih buruk lagi jika pemeriksaan datang bulan tersebut dijadikan aktiviti rutin atau bahan senda gurau kalangan pelajar senior ke atas junior.


Katanya, hal yang memalukan itu tidak boleh dijadikan budaya atau amalan yang 'diterima' sejak dahulu kerana ia bertentangan dengan norma akhlak masyarakat bertamadun.


"Mungkin ada sebahagian yang menganggap amalan memeriksa seperti yang dilaporkan media ini sudah lama berlaku dan menjadi 'budaya' yang seolah-olah diterima. Namun, usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul mestilah menempati ruang kehidupan dalam menghormati wanita sejak dari bangku sekolah lagi.


"Justeru, saya menyeru agar amalan pemeriksaan fizikal itu yang kelihatannya menjadi 'tradisi' mestilah dihentikan kerana kesan dimalukan lazimnya akan mengakar lama dalam diri remaja perempuan bahkan akan terus diingati meskipun sudah puluhan tahun. Masih banyak pendekatan lain yang lebih hikmah atau bijaksana terhadap anak-anak remaja perempuan ini," katanya lagi.


Baru-baru ini tular di media massa terdapat sekolah berasrama yang cenderung melaksanakan pemeriksaan fizikal bagi mengatasi fenomena pelajar perempuan ponteng solat.


Pemeriksaan didakwa bukan sahaja dilakukan oleh guru wanita tetapi juga oleh pelajar senior yang lebih bersifat 'membuli' pelajar junior.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER