top of page

Janawibawa 'bumiputerakan' Cina, kaji semula sebelum diteruskan



Program khas bantuan untuk usahawan Melayu ketika negara menghadapi pendemik Covid 19 pada 2020 - 2021, Projek Inisiatif Jana Wibawa tiada masalah untuk diteruskan.


Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu akan ditambahbaik untuk memastikan tidak berlaku penyelewengan, sebelum diteruskan kembali.


"Jana Wibawa kritikannya ialah untuk bumiputera, saya teruskan.


"Kalau kata ini khas untuk bumiputera saya teruskan, saya tidak batal. Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan.


"Ada syarikat Cina yang 'dibumiputerakan' kerana dia kebetulan kawan baik di Johor. Jadi itu pun nak pertahankan, mesti pertahankan?


"Ini projek bumiputera beri pada Cina, tak apa... Peraturan kewangan apa macam ini? Kalau nak beri projek saya tak halang tetapi ini projek dikhususkan bumiputera," katanya dalam sesi penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.


Berkenaan tuduhan pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan melakukan pendakwaan terpilih, khusus melibatkan Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam isu Jana Wibawa, Anwar membidasnya.


Katanya, penyokong pembangkang harus bertanyakan hal tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lihat bukti yang dikemukakan, bukan melulu tuduh kerajaan mahu menganiaya musuh politik.


"Saya tahun apa erti pendakwaan terpilih. Tetapi ini dicerca (kepada) kita. Tanya penjelasan SPRM dan Peguam Negara. Sepatutnya dituju ke situ.


"Ini maknanya, seolah olah rasuah ini mesti dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini faham kabilah asabiyah. Tengok dulu apa pertuduhan. Tengok dulu apa bukti. Betul atau tidak rasuah.


"Kalau fitnah, tak payah orang Pas, saya akan bangun menentang kalau ada fitnah terhadap sesiapa. Tetapi kalau benar ada rasuah kita yang bicara Islam, baca Quran, baca hadis, baca kitab kenapa kita pertahankan perasuah? Di mana pendirian kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page