top of page

Istana tidak berminat tukar kerajaan, pembangkang usah buang masa



Pertukaran Kerajaan Persekutuan secara pintu belakang atau tebuk atap sebagaimana yang berlaku pada 2020 atau 2021 tidak mungkin akan terjadi ke atas Kerajaan Perpaduan yang memerintah waktu ini.


Menurut Senator Dewan Negara Abun Sui Anyit, laporan FMT baru baru ini yang menyebut sumber dari Istana Negara menyatakan bahawa pertukaran kerajaan hanya boleh berlaku secara Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat atau pilihan raya umum sepatutnya telah menghentikan terus spekulasi kononnya PN akan kembali berkuasa.


"Kita sangat bersyukur kerana pihak Kerajaan kelihatan semakin kuat dengan respon rakyat terhadap aktiviti Hari Raya Perdana Menteri membuktikan politik negara pada hakikatnya atau sebenarnya adalah kerajaan yang sangat stabil.


"Justeru, cakap-cakap lain kononnya Perdana Menteri kehilangan sokongan adalah perbuatan mengelirukan rakyat dan rakyat wajib menolak pihak-pihak yang menyebarkan berita bohong serta tidak berasas begini," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu dalam satu kenyataan.


Laporan itu juga, kata Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak itu memberi makna sebarang kaedah yang di luar dua kaedah dinyatakan tidak akan dilayan istana, atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Oleh itu nasihat saya kepada pembangkang, sila gunakan isu lain untuk berperanan. Tidak usah membuang masa membangkitkan lagi isu berkaitan Perdana Menteri kehilangan sokongan.


"Tumpukan memberi kritikan yang konstruktif demi membangunkan semula negara bersama Perdana Menteri seperti yang giat dijalankan sekarang ini," katanya lagi.


Baru baru ini timbul spekulasi kononnya wujud komplot untuk menjatuhkan PM selepas dilaporkan 10 Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin selepas PRU15 lalu merancang untuk memaksa pilihan raya kecil diadakan.


Mereka dikatakan merancang untuk keluar parti, sekali gus menyebabkan kerusi mereka dikosongkan, menurut undang-undang anti-lompat parti.


Manakala pemimpin Bersatu, Faiz Na’aman menghangatkan lagi spekulasi dengan berkias-kias menerusi catatannya di Facebook: “126 dah … jika benar, Alhamdulillah.”


Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), menyangkal dakwaan perubahan kerajaan dengan berkata ia tidak berasas kerana sekutu utamanya Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah berdiri teguh berdiri di belakang beliau.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page