top of page

Inflasi menyerderhana: Usaha stabilkan harga berhasil - Rafizi




Inflasi bagi Januari 2023 yang menyederhana berbanding bulan sama pada 2022 atau Disember sebelumnya menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menstabilkan harga barang dan kos hidup berjaya.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, kadar inflasi yang sederhana pada Januari 2023 menggambarkan keadaan yang lebih baik dari satu bulan ke bulan.


"Kadar inflasi menurun dalam 5 bulan berturut dari Oktober 2022 kadar 4.7%, September 4.5%, Oktober 4%, November 4% dan sejak pentadbiran baru sederhana 3.8% pada Disember dan Januari 3.7%


"Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Januari 0.2%, berkadaran sama yang dicatatkan bulan sebelumnya," katanya dalam sidang media di Putrajaya, tengah hari tadi.


Katanya, ada 2 kaedah digunakan untuk memahami kadar inflasi. Satu membandingkan harga Jan 23 dengan Jan 22. Dan kadar itu disebut inflasi rasmi.


Bagaimanapun, katanya untuk memahami pergerakan harga kita inflasi juga boleh dibuat secara bandingan bulan ke bulan. Sekiranya kenaikan kecil atau bersamaan dengan bulan sebelumnya maka inflasi dianggap sederhana.


"Ini memberi kelegaan kepada kita. Ada keadaan berbanding tahun kenaikan mungkin lebih rendah, tetapi apabila pola pendek, naik cepat gambarannya harga bulan akan datang akan menaik.


"(Angka sekarang) dari bulan ke bulan berada stabil, dan inshAllah jika kena dasar yang kerajaan sediakan ia akan menurun," katanya.


Jelas Rafizi, kenaikan kecil inflasi masih didorong oleh makanan dan minuman bukan alkohol tetapi menyederhana berbanding bulan sebelumnya.


Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api untuk Januari kekal pada 1.5%. Untuk pengangkutan pula reda lebih cepat kepada 4%.


Selain pengukuran tersebut, katanya untuk bulan Januari 2023 kementerian juga meneliti kenaikan harga barang Tahun Baharu Cina. Pertumbuhan inflasi ternyata pada kadar 0.2%, lebih rendah berbanding kenaikan pada 2021 (0.3%) dan 2022 (0.24%).


"Hal ini membuktikan usaha keseluruhan rakyat dan kerajaan dan disambut peniaga telah mula menampakkan hasil dengan meredanya kenaikan harga. Walau kita masih bergelumang masalah di luar kawalan, termasuk gangguan perbelakan global," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page