top of page

Hentikan penguatkuasaan dua darjat, bukan naikkan denda RM10,000



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar menghentikan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19 yang berbeza-beza antara menteri dan rakyat jelata sebelum menaikkan denda RM10,000 kepada pihak yang melanggar SOP.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata, walaupun tindakan menaikkan denda itu cuba menonjolkan sikap tegas kerajaan bagi mengurangkan jangkitan Covid 19 namun rakyat semakin tidak puas hati kerana seolah-olah terdapat dua set undang-undang dikuatkuasakan di negara ini.


"Walaupun ianya cuba tonjolkan seolah-olah kerajaan ingin bersikap tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta ini, namun ianya memberikan isyarat lebih jelas bahawa Kerajaan PN langsung tidak mendengar rintihan, teguran dan desakan yang sering diutarakan oleh rakyat kebelakangan ini.


"Telah berkali-kali teguran serta singgungan rakyat secara terbuka kepada Kerajaan PN agar pendekatan dua darjat dalam SOP dihentikan terlebih dahulu sebelum sebarang perubahan dilakukan dilihat seperti tidak disambut baik oleh kerajaan.


"Siri pendedahan berhubung tindakan Menteri serta Ahli Parlimen PN yang melanggar SOP kebelakangan ini seperti tidak dilayan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap mereka.


"Berbeza pula jika kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat, kompaun dan tindakan akan segera diambil bagi menghukum rakyat yang melakukan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, ketidakpuasan hati rakyat termasuklah rombangan menteri yang melawat ke Indonesia pada 9 Februari 2021 hanya dikenakan kuarantin selama 3 hari, sedangkan rakyat biasa tidak kurang 2 minggu.


"Segala tindakan dua darjat Kerajaan PN memberi gambaran seolah-olah menteri dan rakyat punyai dua set undang-undang yang berbeza. Oleh sebab itulah apabila ordinan ini dipinda bagi menaikkan jumlah kompaun secara tidak langsung telah memberikan kerisauan kepada rakyat berhubung sejauh manakah elemen keadilan akan diaplikasikan dalam penguatkuasaan tersebut," katanya lagi.


Oleh itu, kata Akmal, kerajaan perlu bersikap adil dalam pelaksanaan peraturan yang ditetapkan. Amalan dua darjat perlu dihentikan supaya rakyat dapat terus meletakkan keyakinan terhadap undang-undang negara walaupun jurang keraguan kepada Kerajaan PN hari ini semakin melebar.


Semalam, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10,000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50,000.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page