top of page

Hentikan Islamophobia, keganasan agama di India - PH



Kerajaan India digesa lebih bertanggungjawab menghentikan keganasan berunsur agama dan Islamophobia di negara itu.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata tindakan beberapa wakil parti Bharatiya Janata Party (BJP) yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad s.a.w tidak sewajarnya berlaku di negara majmuk seperti India.


"Majlis Presiden PH meneliti perkembangan isu beberapa wakil parti BJP di India minggu lalu yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung Nabi Muhammad SAW yang telah mengguris hati serta menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.


"Kami menyeru agar Kerajaan India yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi menjaga keharmonian serta kesederhanaan kehidupan beragama di India," kata kenyataan Majlis Presiden.


Menurut kenyataan itu lagi, tindakan penindasan dan penghinaan seharusnya diberhentikan bagi mengelakkan keganasan antara agama di negara itu memuncak.


"Kami menyeru agar tindakan-tindakan kezaliman dan penghinaan terhadap mana-mana penganut agama di India termasuk Kristian, Budha, Muslim serta kasta seperti Dalit dihentikan.


"Pakatan Harapan juga akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia untuk memberi penegasan terhadap isu ini," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page