top of page

'Hentikan helah sidang Parlimen lambatkan kelulusan undang-undang'



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesakan agar segera menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan tidak terus menggunakan dalih perbahasan di Parlimen akan melambatkan kelulusan undang-undang.


Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, bagi kelulusan undang-undang kerajaan PN boleh berunding bersama pembangkang sekiranya melibatkan langkah-langkah perlu dalam mencegah jangkitan Covid 19 dan isu-isu besar lainnya.


Sebaliknya, menurut Amin meneruskan darurat hanya akan menjejaskan ekonomi Malaysia.


"Pemimpin Eksekutif perlu menghentikan helah kononnya kelulusan Parlimen akan melambatkan sesetengah proses. Mereka patut lebih bertanggungjawab berbincang dan berunding sekiranya memang benar ada perkara-perkara yang memerlukan perubahan atau benturan undang-undang bagi mempercepatkan proses tertentu.


"Menggantung Parlimen hanyalah jalan mengelak pertanggungjawaban dan membius proses teras semak dan imbang daripada berfungsi sewajarnya.


"Pertemuan ahli-ahli Parlimen pembangkang di Parlimen dan taklimat imunisasi vaksin kepada ahli-ahli Parlimen yang diadakan baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin Eksekutif sebenarnya tidak mempunyai alasan kukuh untuk menggantung Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Amin lagi, layanan Parlimen terhadap semua ahli Parlimen mestilah mencerminkan semangat badan Legislatif sebagai cabang utama kerajaan.


Katanya, sebagaimana sistem Westminster, Parlimen mesti peka terhadap kedudukan institusi pembangkang dan Ketua Pembangkang yang mesti diiktiraf dan diberi layanan adil.


"Martabat Parlimen mesti dikembalikan untuk mengangkat suara rakyat dalam pembuatan keputusan Kerajaan," katanya.


Sehubungan itu, Amin berpendapat penggantungan sidang Parlimen harus ditamatkan segera.


Beliau juga mengingatkan kerajaan PN bahawa perisytiharan darurat telah di tolak oleh Majlis Raja-raja pada pertama kali isu itu ditimbulkan dan tidak seharusnya digunakan untuk menyekat sidang Parlimen.


"Cubaan pemimpin Eksekutif menggantung Parlimen atas darurat kesihatan telah terlebih dahulu ditolak oleh Majlis Raja-Raja.


"Meskipun berhasil mendapat sokongan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 24 Februari lalu jelas menyatakan Sidang Parlimen boleh dijalankan atas nasihat Perdana Menteri.


"Titah ini tentulah penting memandangkan naratif yang sering dibayangkan oleh sesetengah pihak bahawa perisytiharan darurat dibuat atas persetujuan Istana.


"Hakikatnya, pemimpin Eksekutif yang perlu memberi nasihat wajar selari dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kemuliaan institusi Parlimen," katanya lagi.






0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page