top of page

Hari Wanita Sedunia: Wanita KEADILAN Selangor peka suarakan kepentingan gender



Wanita KEADILAN Negeri Selangor telah mengadaptasi jalur perjuangannya dengan memperakui dua cabaran utama iaitu ketidaksaksamaan gender (gender inequality) dan perubahan iklim (climate change).


Hal itu diungkapkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini.


"Dua tema perjuangan itu menuntut pertambahan representasi wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan, menggalak wanita untuk lebih peka terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta bertindak menjadi agen perubahan.


"Gerakan advokasi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pelaksanaannya menjadi fokus dalam setiap aktiviti dan program Wanita KEADILAN Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, pertanian moden mesra alam, sifar plastik sekali guna, pelaksanaan 5R dan penterjemahan dasar-dasar mesra alam sekitar telah dilaksanakan oleh Ahli-Ahli yang Berhormat dan Ahli-Ahli Majlis Wanita KEADILAN di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bersungguh sungguh di Selangor.


Selain itu, Rodziah juga berkata, tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi KEADILAN dan dasar representasi wanita dalam semua jawatan-jawatan kepimpinan parti diserlahkan sehingga KEADILAN menjadi parti yang unggul dalam mengangkat wanita-wanita yang layak ke jawatan-jawatan utama.


Katanya, usul meningkatkan peratusan representasi wanita diharap akan dapat ditingkatkan dari minimum 30% sebelum ini kepada minimum 40%, berdasarkan nisbah keanggotaan wanita dan lelaki.


"Kajian antarabangsa menunjukkan kepimpinan wanita lebih berkesan dalam merangka dan mengemudi dasar-dasar mesra alam sekitar, pemuliharaan, mengawal perubahan iklim, pengagihan dan penggunaan sumber semula jadi, menghasilkan tadbir urus baik dan adil.


"Wanita didapati lebih prihatin menimbang keluarga dan komuniti dalam pembuatan keputusan yang melibatkan keduanya. Keprihatinan sebegitu amat kritikal dalam menjayakan sebarang penyelesaian holistik masa depan dunia yang lestari," katanya lagi.


Justeru wanita KEADILAN Selangor, kata Rodziah menggesa agar diteruskan usaha meningkatkan sokongan dan bantuan dana dalam sektor penjagaan anak-anak, OKU, orang tua, khususnya dalam era Covid-19 dan lain-lain penjagaan yang kebiasaannya dilakukan oleh wanita.


Sektor tersebut perlu katanya, dilihat sebagai peluang mencipta pekerjaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi berdasarkan model ekonomi baru, circular economy.


Beliau juga mengharapkan Wanita KEADILAN Selangor akan terus peka menyuarakan kepentingan gender di dalam dan di luar parti serta menyediakan takungan para pemimpin wanita yang bersedia dan efektif berkhidmat kepada rakyat serta berkemapuan berinovasi memacu perubahan sebagai pembuat dasar di negeri Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page