top of page

Hargai kepelbagaian Malaysia, wujudkan kesalingan produktif - Shamsul Iskandar



Rakyat Malaysia perlu menghargai kepelbagaian budaya dan agama di negara ini untuk menghasilkan kesalingan yang produktif.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin inti ucapan Prof Dr Siddiq Fadzil suatu ketika dahulu yang menekankan maksud ayat al Quran 'Lita’arafu' perlu dihayati untuk bangsa Malaysia mengambil mutiara berharga daripada kepelbagaiannya.


"Saya percaya setelah kita Merdeka dan menyambut Hari Malaysia, sewajarnya kita mengambil satu sikap yang positif dan mula melihat semula agenda pendidikan kita, melihat semula pendekatan dalam pentadbiran, apakah kita benar-benar menjamin prinsip keadilan kepada semua masyarakat.


"Apakah makna lita'arafu dalam keadaan sekarang ini? Sekarang kita berhadapan realiti parti-parti mewakili kaum, dan kita ada kepelbagaian kaum. Sampai sekarang ada isu-isu yang membabitkan ras dan perkauman. Jadi bagaimana cabaran untuk memastikan agenda dalam negara kita dan mengangkat persoalan Bersekutu Bertambah Mutu?


"Profesor Siddiq Fadzil yang kembali ke rahmatullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia pernah menyatakan andainya kepelbagaian diurus dan dikendalikan dengan bijaksana ia akan menghasilkan kesalingan produktif. Iaitu saling memperkaya dan memperkasa," katanya dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Parlimen yang ke-14, kelmarin.


Dalam bahas tersebut, Shamsul turut membacakan ayat al Quran, surah Hujurat [49]: 13 yang terjemahannya:


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Katanya, konsep Lita’arafu perlu diamalkan kerana saling mengenal bukan bermaksud bertanya khabar tetapi mengenal sensitiviti dan budaya kaum serta agama lain.


Selain itu, Shamsul juga mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi menimbangkan untuk mewujudkan “Kerusi Siddiq Fadzil” yang boleh dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai usaha dalam pemerkasaan kepelbagaian kaum.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page