top of page

Had kawalan harga telekomunikasi masih beri untung penyedia perkhidmatan




Penetapan Standard Mandatori Harga Capaian (MSAP) bagi syarikat pembekal telekomunikasi terhadap harga perkhidmatan mereka adalah sesuatu yang menguntungkan rakyat.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai) berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Khoo Poay Tiong (PH - Kota Melaka) dalam sesi pagi Dewan Rakyat.


Menurut Fahmi, MASP yang mempunyai kadar baharu mulai 1 Mac ini merupakan instrumen perundangan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) bagi mengawal selia harga pasaran di peringkat borong perkhidmatan jalur lebar.


"Melalui MSAP baru yang dikuatkuasa pada 1 Mac 2023 ini pula harga maksimum telah ditetapkan bagi 14 kemudahan dan perkhidmatan yang telah disenaraikan sehingga 2025.


"Dengan MSAP baharu tersebut, pemberi perkhidmatan capain perlu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan disenaraikan pada harga maksimum baharu kepada penerima perkhidmatan capaian dengan harga ditetapkan oleh SKMM.


"Satu kertas siasatan awam mengesai MSAP telah dikeluarkan oleh SKMM pada 5 Oktober 2022 sehingga 17 Jan 2023 bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas pemain industri dan orang awam mengenai MSAP yang akan dibuat," katanya.


Dalam siasatan itu, tambah Fahmi, sebanyak 16 maklum balas telah diterima daripada pemegang taruh yang berkaitan antaranya Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan kesemua maklumat tersebut telah dikaji serta dipertimbangkan oleh SKMM untuk mengkaji kaedah pelaksanaan MSAP.


"Umumnya, harga baru lebih rendah daripada MSAP sebelum ini. Sebagai contoh harga untuk perkhidmagan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps dalam MSAP baru RM254 sebulan, berbanding RM515 sebelum ini.


"Secara tak langsung perkhidmatan di peringkat runcit boleh ditawarkan lebih rendah," katanya.


Menjawab soalan tambahan Kota Melaka, apakah dengan MSAP baharu yang lebih rendah akan menyebabkan syarikat pembekal perkhidmatan mengalami kerugian, Fahmi membawakan contoh Telekom Malaysia yang beliau telah dibekalkan maklumat mengenai keuntungan tahunannya.


"Saya telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi, termasuk Lembaga Pengarah daripada Telekom Malaysia (TM). Kita buat perbandingan dari 2017 sehingga hari ini, sebagai satu kumpulan, keuntungan bersih 2017 bagi TM adalah RM730.5 juta.


"Pada 2018 setelah bermula MSAP dilaksanakan memang rugi sebanyak RM260.5 juta tetapi mereka melonjak semula setahun selepas itu. Dengan merekodkan keuntungan bersih 2019 pada RM557 juta.


"Trend itu meningkat sehingga 28 Feb lalu di mana pengumuman TM mereka telah mencatat keuntungan bersih RM1.14 bilion tahun lalu. Ini menunjukkan semangat Malaysia Boleh wujud dalam TM.


"Saya percaya sekiranya TM mencatat sedikit kerugian, kemudian mereka akan berjaya kembali semula (ke kedudukan untung)," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page