Gagal guna kuasa darurat, pakej Pemerkasa Plus menghampakan


Naib Ketua AMK, Jestin Raj Savarimuthu menyifatkan Progam Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA PLUS) menghampakan golongan M40.


Beliau berkata pakej langsung tidak memberi manfaat mahupun inisiatif tambahan kepada mereka sepanjang tempoh PKP 3.0 dikuatkuasakan.


"Golongan M40 tidak akan mendapat bantuan pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari, Bantuan Prihatin Rakyat, moratorium pinjaman, penangguhan bayaran PTPTN mahupun potongan bil elektrik pada kali ini.


"Dalam satu kenyataan dari Persatuan Bank Malaysia (ABM) pula menjelaskan bahawa moratorium pinjaman akan merangkumi semua peminjam dari isi rumah berpendapatan B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat.


"Senario ini secara jelas memaparkan kerajaan gagal memberi arahan serta membuat keputusan komprehensif dalam apa jua tindakan," katanya.


Pada masa sama, Jestin yang juga Ketua AMK Cabang Kota Raja menganggap kerajaan gagal menggunakan kuasa darurat dengan sewajarnya bagi memastikan bank-bank memberikan moratorium secara automatik.


"Kajian menunjukkan bahawa tidak seperti kebanyakan sektor lain, wabak Covid-19 cuma memberi kesan minimum terhadap bank. Pada suku pertama tahun ini, lima bank teratas di Malaysia terus mencatat keuntungan; CIMB (RM2.46 bilion), Maybank (RM2.38 bilion), Public Bank (RM1.53 bilion), Hong Leong (RM771.47 juta) dan RHB (RM650 .39 juta).


"Sejak permulaan pada bulan Januari, rakyat dah mula menuntut kerajaan melaksanakan skim moratorium pinjaman menyeluruh untuk mengelakkan mana-mana syarikat mahupun individu menjadi muflis.


"Menteri Kewangan mengatakan mendakwa kerajaan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk memaksa bank menawarkan moratorium menyeluruh kepada para peminjam.


"Dengan keadaan darurat yang masih berkuatkuasa, pihak kerajaan boleh menggunakan kuasa tersebut untuk membawa beberapa perubahan. Jika tidak, apa guna kuasa darurat ini?" soalnya.


Di samping itu, Jestin juga merasakan seolah-olah tiada perancangan strategik dalam Program Imuniti COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila rakyat merasa tertekan dan tertipu dengan ketepatan janji kerajaan dalam menyediakan vaksin.


"Baru-baru ini, Malaysia Medical Association (MMA) menawarkan pelbagai alternatif dan kolaborasi secara sukarela dimana mereka ingin membantu kerajaan bagi menjalankan program vaksinasi di peringkat klinik-klinik serta Pengamal Perubatan atau General Practitioner (GP).


"Namun, sehingga kini tiada maklumbalas diberikan walaupun permohonan kerjasama telah dikemukakan kepada menteri pada dua bulan sebelumnya.


"Saya menggesa supaya kerajaan segera meneliti semula pakej-pakej yang ditawarkan serta melibatkan kerjasama penuh semua pihak ke arah negara bebas Covid-19 dan bukan sekadar omong kosong untuk kelangsungan politik sahaja," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER