top of page

Gabungan NGO beri tempoh 13 Ogos buka Parlimen atau bendera hitam, putih berkibar seluruh negara


Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBRM) hari ini memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sama ada mengumumkan pembukaan Parlimen sehingga 13 Ogos ini atau mereka akan memulakan kempen mengibar bendera hitam dan putih ke seluruh negara.


Menurut Koordinator GBRM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, pembukaan Parlimen penting bagi menyelesaikan isu keabsahan kerajaan dan perang melawan Covid 19.


"Kita untut 3 perkara. Pertama minta kepada PN buka Parlimen. Kita beri tempoh sehingga 13 haribulan. Kalau sekiranya 13 Ogos tidak dibuka Parlimen kita kita rakyat seluruh Malaysia bermula 14 Ogos akan angkat bendera putih atau bendera hitam sebagai tanda protes.


"Putih bermakna kita mahukan Malaysia kembali putih. Bermakna kita mahu sokongan dari pihak istana, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ikut campur dalam keadaan sekarang (menyelesaikan kemelut politik)


Mustapha Mansor Amer Mohd Isa

"Warna hitam bermakna lawan. Kita lawan perampas kuasa rakyat. Kita lawan mereka yang khianat mandat rakyat. Kita lawan dengan mereka yang tidak mahu membela nasib rakyat.


"Silakan rakyat Malaysia lakukan. Jika mereka tidak mahu buka (Parlimen) hari Jumaat ini kita mulalan protes bukan fizikal. Naik motor, basikal atau kereta bawa bendera putih atau hitam atau putih bersama hitam," katanya dalam sidang media di luar pagar Istana Negara setelah selesai menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, pagi tadi.


Selain itu, tegas Mustapa, memorandum itu juga berkenaan kerajaan PN yang telah hilang majoriti dan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin diseru berudur segera serta isu sogokan kewangan untuk membeli sokongan Ahli Parlimen pembangkang.


"Tuntutan kedua berkenaan keabsahan PN. Setakat ini kita lihat PN telah hilang majoriti. Dalam sebuah negara amalkan sistem demokrasi berparlimen mana-mana kerajaan yang hilang majoriti perlu berundur secara terhormat dan menghormati sistem demokrasi serta Raja Berperlembagaan.


"Kalau Raja sekadar berada di upacara rasmi sahaja, maka hilanglah fungsi Raja Berperlembagaan itu


"Ketiga, kita desak hentikan politik wang, sebab RM30 juta (cubaan rasuah beli Ahli Parlimen) jumlah yang besar di saat rakyat amat derita. Tiga tuntutan ini diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Diharap Agong ambil serius perkara ini," katanya lagi.


Kandungan memorandum adalah seperti berikut:


Ampun Tuanku,


Saban hari rakyat dibelenggu oleh fenomena ketidaktentuan kesihatan, ekonomi dan sosial. Tiga isu ini saling berkait dan terkesan kepada majoriti rakyat yg serba kurang kemampuan untuk meneruskan kehidupan harian. Setakat ini masih belum nampak bahawa tindakan kerajaan PN mampu menseimbangkan kepentingan ketiga-tiga keperluan asas itu.


Malah lebih memburukkan lagi situasi apabila kemelut politik yang semakin tidak menentu dibimbangi akan mengheret pemimpin negara dan rakyat ke kancah krisis kemanusiaan yang sukar dikawal kestabilannya.


Penderitaan rakyat yang semakin dihimpit kemiskinan dan pandemik ini sedang membangkitan kemarahan, kebencian dan ketidakpercayaan terhadap kepimpinan negara. Dan rakyat juga amat memahami bahawa kesusahan mereka ini sangat terkait rapat dengan polemik politik kepimpinan negara yang telah memalitkan imej institusi raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Dikhuatiri bahawa ini akan mencetuskan gerakan dan tindakan rakyat bersifat lebih keras dan sukar dikawal.


Kebelakangan ini, gelagat PM dan pimpinan PN yg lain menyerlahkan kesombongan dan kedegilan untuk menghormati kedaulatan rukun negara yang selama ini menjadi teras dan budaya kepada sistem kenegaraan Malaysia.


Kedurhakaan kepada titah Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong adalah satu manifestasi yang sangat memalukan Institusi Raja-raja Melayu, seterusnya mencemar demokrasi berparlimen.


Maka dengan ini, pada hari ini kami gabungan NGO sekali lagi merafak sembah dan memohon Kebawah Duli Tuanku bagi menggunakan kuasa dan budi bicara atas perkara-perkara berikut:


1. Menggesa dan mengarahkan PM TSMY dengan segera untuk membuktikan beliau memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, seterusnya menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.


2. Menitah TSMY dan kabinetnya supaya membuka parlimen untuk bersidang seperti biasa bermula sebelum 13 Ogos 2021. Ini bagi memulihkan kedaulatan undang-undang dan kesucian roh demokrasi berparlimen tanpa diganggu gugat oleh tindakan jahat kelompok politik yang ingin terus berkuasa demi kepentingan peribadi


3. Bertindak lebih tegas mengikut kuasa yang termaktub dalam perlembagaan ke atas TSMY dan Kerajaan PN supaya meletak jawatan sekiranya tidak terbukti memiliki majoriti , seterusnya membuat keputusan terbaik bagi mengganti Kerajaan PN yang ternyata gagal mentadbir negara.


Ampun tuanku,


Kami dari gabungan NGO mewakili rakyat jelata dengan penuh hasrat dan harapan ikhlas memohon sekali lagi agar Kebawah Duli Tuanku sentiasa dapat memahami aspirasi rakyat dalam mempertimbangkan perkara yang telah dipersembahkan diatas.


Dan sekiranya perkara ini tidak dapat dipertimbangkan, kami memohon izin dari Kebawah Duli Tuanku untuk kami menggerak protes secara aman mulai 14 Ogos 2021.


Mudah-mudahan Allah memberkati usia dan amalan Kebawah Duli Tuanku selamanya.


Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin

Patik dengan segala hormat dan takzimnya,

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page