top of page

Empat aktivis dihukum mati junta Myanmar, hari gelap demokrasi Asia Tenggara



Hukuman mati ke atas empat aktivis pro demokrasi Myanmar oleh junta tentera yang merampas kuasa awal tahun lalu menggelapkan masa hadapan demokrasi di negara itu.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam hukuman yang dijatuhkan ke atas empat lelaki penentang rampasan kuasa tentera yang menyaksikan tunjuk perasaan aman berbulan bulan lamanya.


"Keempat-empat mereka telah dinafikan lawatan oleh keluarga mereka, tertakluk kepada perbicaraan tertutup dan butiran telah ditahan mengenai kaedah dan masa pelaksanaan hukuman mati mereka.


"Keluarga mereka bahkan telah dinafikan mayat orang tersayang dan upacara pengebumian tradisional. Ini adalah hukuman mati pertama yang dijalankan di Myanmar selama hampir 50 tahun.

"Penggunaan amalan kejam seperti itu bukan sahaja satu kemunduran bagi demokrasi di Myanmar, tetapi memalukan malah penjajah (British) bekas tuan mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Pengerusi Pakatan Harapan itu, untuk mendakwa para aktivis tersebut sebagai 'tindakan pengganas' tanpa bukti adalah sesuatu yang keji.


Katanya, perbicaraan yang tidak adil menjadikan mereka mangsa yang dinafikan hak dan mengundurkan kemajuan dalam hak asasi manusia yang telah dicapai oleh Myanmar sebelum ini.


"Junta tentera ini bertentangan dengan semangat demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan maruah serta penerapan tradisi dan nilai Asia yang menyatukan benua sebagai komuniti kejiranan dan yang menjadi asas bagi ASEAN sepanjang sejarahnya.


"Walaupun saya menggesa masyarakat antarabangsa mengecam bersama saya atas tindakan pembunuhan yang keji ini, kami dari ASEAN dan dalam semangat perpaduan serantau serta antarabangsa mesti menjelaskan kepada rejim tentera autoritarian di Myanmar bahawa tindakan sedemikian merupakan perampasan hak rakyat. Ianya tidak boleh diterima," katanya.


Menurut Anwar lagi, di tengah tengah trauma pandemik Covid 19 dan malapetaka ekonomi, keadaan politik yang menimbulkan penindasan amat tidak diinginkan.


Beliau berharap akan ada penyelesaian kepada konflik dan penindasan di Myanmar pada masa hadapan.


Junta tentera Mynamar telah melaksanakan hukuman mati ke atas aktivis Kyaw Min Yu, bekas MP NLD Phyo Zeya Thaw, Hla Myo Aung, dan Aung Thura Zaw. Empat lelaki tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan 117 orang yang dijatuhi hukuman mati kerana peranan mereka dalam protes anti-rampasan kuasa dan aktivisme pelajar sejak junta merampas kuasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page