top of page

Denda ingkar SOP Covid RM10,000 gelapkan masa hadapan rakyat



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meskipun mengumumkan kompaun ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19 boleh dikurangkan sekiranya dibayar dalam tempoh seminggu, namun tetap masih banyak pihak yang mahukan had maksimum kompaun RM10,000 dibatalkan.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong Jee Keen, jumlah maksimum RM10,000 walaupun tidak akan dikenakan kepada semua individu dikompaun namun tetap ada yang akan didenda melebilihi RM1,000, sebagaimana sebelum ini.


Jumlah yang meningkat, katanya, amat tidak wajar memandangkan kesukaran dan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid 19.


"Rakyat memandang kerajaan hari ini tidak peka dan tidak peduli tentang pendapatan mereka. Ramai sudah hilang kerja dan ekonomi pun makin susah. Di manakah mereka nak cari wang membayar denda RM10,000?


"Rakyat sudah tertekan, kerajaan lagi menekan rakyat. Sekarang kerajaan bagi semua restoran, kedai kopi buka tetapi peniaga ini merungut sebab tak ada pelanggan. Macam mana orang nak datang kalau fikirkan denda yang begitu tinggi?


"Dari segi ekonomi, ia bertambah buruk bukan sebab Covid tetapi sebab denda yang tinggi ini," katanya.


Menurut William lagi, sekiranya rakyat yang dikompaun dalam jumlah maksimum itu tidak mampu untuk membayar maka mereka pasti akan berakhir di penjara.


Katanya, hal itu bakal menggelapkan masa hadapan individu berkenaan kerana mungkin akan dianggap sebagai penjenayah kerana dimasukkan ke dalam penjara.


"SOP PKP juga mengelirukan rakyat. Ada yang didenda atas kesalahan yang dia sendiri keliru. Sepatutnya pihak polis beri amaran bukan bertindak seperti ini.


"Perlu ada pendidikan. Denda RM10,000 orang tak mampu. Bila tak mampu bayar mereka masuk penjara dan sudah (dianggap) menjadi penjenayah. Bila mereka keluar nak cari kerja pun susah kerana dijadikan 'penjenayah' melanggar SOP," ujarnya.


Sehubungan itu, William menyeru kerajaan PN yang hilang arah tuju agar lebih rasional dan mengasihani rakyat sebelum melaksanakan dasar baharu


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page