top of page

DBKL panggil syarikat digugurkan dari senarai kontraktor bina pasar?



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menjelaskan status sebuah syarikat yang didakwa telah digugurkan sebagai kontraktor DBKL dipanggil bagi berbincang untuk membina sebuah pasar baharu di Kawasan Batu, Kuala Lumpur.


Menurut Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran (gambar tengah), perbincangan mengenai projek perobohan dan pembinaan sebuah pasar serta beberapa bangunan lain telah diadakan pada 13 Mei lalu.


Sehubungan itu, beliau telah membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat isu berkenaan.


"Dokumen yang diterima oleh Pejabat Parlimen Batu menunjukkan syarikat itu telah digugurkan sebagai kontraktor oleh DBKL (Mutual Termination) pada 31 Oktober 2019.


"Persoalannya, mengapakah syarikat yang digugurkan dipanggil semula untuk perbincangan bagi projek yang sama?


"Saya menggesa SPRM menyiasat prosedur penganugerahan kontrak dan kriteria kelulusan projek ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Prabakaran lagi, projek-projek DBKL di kawasan Wilayah Persekutuan menggunakan wang pembayar cukai. Oleh itu DBKL sepatutnya menggunakan dana kerajaan dengan lebih cermat dan bertanggungjawab. Tender atau kontrak wajar diluluskan kepada syarikat yang kompeten dan diperakui sahaja.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page