top of page

Datuk Afdlin bakal sertai politik, parti mana masih rahsia



Pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Afdlin Shauki Aksan hari ini mengakui beliau berminat untuk menceburi bidang politik bagi memperjuangkan nasib industri seni dan penyiaran di negara ini.


Dalam sidang media program sumbangan 1,000 ekor ayam kepada golongan B40 di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan, anjuran Yayasan Afdlin Shauki dan Anwar Ibrahim Club (AIC) di Gombak Setia pagi tadi, beliau menolak menyatakan parti manakah yang akan disertainya.


"Belum boleh diumumkan, tetapi tak lama lagi. Banyak perbincangan dibuat, banyak komen-komen yang diterima mengatakan tak payahlah Afdlin, awak dah buat NGO, teruskan saja


"(Tetapi) saya rasa boleh. Saya rasa industri hiburan dalam 20 tahun lebih ada beberapa masalah yang sejak saya masuk sampai sekarang tak ada penyelesaian. Kita dah jumpa (semua) menteri dan dapati mereka yang pegang potforlio itu tidak faham mengenainya.


"Dia tak faham apa kehendak industri itu. Pada saya kalau ada orang dalam (kalangan pengiat seni), sesiapa pun, katalah Hans (Isaac) masuk, dia memahami industri dan dia tahu apa yang penting dalam potforlio itu. Asasnya mesti satu, kita nak bantu dan kerja kita memperbaiki (industri)," katanya dalam sidang media bersama Ketua Penerangan KEADILAN dan wakil AIC, pagi tadi.


Menurut Afdlin lagi, kerja kreatif terutama industri filem dan penyiaran perlukan galakan khusus daripada kerajaan. Sekiranya sokongan itu tidak disediakan maka industri seni tanah air tidak akan pergi jauh dan kerajaan tidak perlu menggalakkan anak-anak muda mengambil kursus seni visual atau penyiaran di institusi pengajian tinggi kerana bidang itu tidak akan menjanjikan masa hadapan yang baik.


"Saya ada anak-anak yang buat kerja media. Media punya industri akan hancur kerana pandemik Covid dan juga tidak ada sokongan dan keprihatinan, dan tak guna kita ada universiti (kursus) media atau bidang penyiaran. Kita tutup sahaja (kursus berkaitan), tak perlu. Kita suruh anak-anak muda berladang kerana tidak ada perlindungan (dalam industri seni) seperti diberi kepada industri lain.


"Bagi saya tak mengapa kita berhenti sebentar buat filem kalau itu yang diperlukan untuk membantu industri, dan bila kerja habis, balik semula buat filem," katanya bersahaja.


Ditanya apakah pertimbangan yang mendorong beliau untuk menceburi politik, secara jenaka Afdlin menjawab mungkin faktor usia, 'tidak lagi popular masuk televisyen'.


Namun secara serius beliau berkata, selepas suku abad mengabdikan diri dalam insdutri seni beliau melihat jalan di hadapan semakin berliku.


"Masa muda dulu kita memang fikir buat kerja untuk meraih ekonomi baik untuk kelurga. Tapi bila sampai satu tahap kita nampak 'ini tak boleh pergi lagi'


"Sampai saya berhenti buat filem tahun 2012. Saya rasa tak boleh pergi walaupun itu adalah passion saya. Itu mengganggu dan saya kena tinggalkan benda yang saya suka.


"Kalau boleh apa yang hendak dilakukan, ada orang-orang seni dalam Parlimen menyuarakan hal ini dan menyumbang secara kreatif tentang (penyelesaian) masalah-masalah lain. Itu niat kami di situ (dalam politik)," katanya lagi.


Bagaimanapun, Adflin tidak mengharapkan populariti beliau sebagai anak seni akan memudahkannya menonjol dalam politik.


Bagi beliau matlamatnya sederhana, iaitu masyarakat memberikan sedikit ruang untuk orang seni meluahkan apa yang mereka perlukan dan kerajaan membantu menjayakannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page