top of page

Darurat: Tidak menderhaka jika kritik PM - Hassan Karim



Isu pemimpin Pakatan Harapan (PH) menderhaka titah Yang di-Pertuan Agong kerana membuat semakan kehakiman di mahkamah ke atas perisytiharan darurat yang dikuatkuasakan sejak 11 Januari lalu masih menjadi 'persoalan panas' di media sosial pro Perikatan Nasional.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, isu menderhaka tersebut ditimbulkan oleh individu yang tidak faham sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.


Katanya, yang dicabar di mahkamah bukannya kuasa Agong sebalik Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kabinetnya yang dianggap memberi nasihat salah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.


"Ada dua institusi di sini, iaitu kerajaan adalah eksekutif diketuai oleh PM Muhyiddin. Satu lagi berkaitan perisytiharan darurat, kuasa Perkara 150 Perlembagaan di bawah Yang di-Pertuan Agong atas nasihat PM dan kabinet.


"Di sinilah etikanya, tiada masalah kita mengkritik tentang PM. Setakat ini ada beberapa permohonan semakan kehakiman dibawa ke Mahkamah Tinggi dan dari segi Perlembagaan yang menjadi pihak defenden ialah PM Muhyiddin serta kerajaan beliau. Itu tak ada masalah, kita boleh cabar di mahkamah dan boleh bahas dalam media


"Tetapi satu aspek lagi iaitu jika mahu pertikaikan kuasa Agong. Maknanya ini etika, kita menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong. Dalam menegur ada batasnya, jangan sampai dilihat mencabat kuasa Agong atau dianggap menderhaka.


"Kalau mahu menegur, sama ada PM memberi nasihat yang betul atau tidak, boleh disentuh. PM ada cukup mandat atau tidak, itu persoalan Perlembagaan, ia boleh.


"Sekakat yang saya tahu, permohonan di mahkamah tidak ada yang meminta semakan sama ada Agong membuat perisytiharan yang betul atau tidak, ini tidak ada," katanya dalam siaran langsung Facebook dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Gudang, semalam.


Menurut Hassan lagi, sekiranya batasan tersebut tidak dilanggar dan Agong tidak disentuh maka isu darurat boleh dibincangkan dan dikritik secara bebas.


"Maknanya sebab Agong mengisytihar darurat atas nasihat PM di bawah kehendak Perlembagaan Persekutuan.


"Kalau tahu batas ini, boleh kita membincangkan perkara ini," kata beliau lagi.



0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page