Covid 19: Solidariti 'dari rakyat untuk rakyat'


Pandemik Covid 19 yang masuk tahun kedua tanpa menunjukkan tanda-tanda akan berakhir menyaksikan mekarnya sifat kemanusiaan yang tidak mengenal batas kaum, sosial dan agama.


Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Kee Yew, rakyat Malaysia perlu mengenang hidup yang 'lebih bersatu' dalam pandemik yang melumpuhkan sistem sosial dan ekonomi ketika ini pada tahun-tahun mendatang.


"Di tengah-tengah himpunan kisah sedih yang melanda kita; pekerja yang diberhentikan, pusat beli-belah yang kosong lengang, keluarga yang terpaksa tinggal di jalanan dan anak-anak yang kelaparan, kita tidak akan lupa bagaimana rakyat bertahan daripada kesukaran dan sengsara, bagaimana kemampuan mereka membangunkan diri sendiri, semangat berkongsi dan mengambil berat sesama kita telah menyatukan rakyat negara ini yang berlainan agama, bangsa dan etnik bagi memperjuangkan survival nusa bangsa ini. Dan kita akan ingat semangat bendera putih.


"Sejak wabak dan pelaksanaan PKP, pusat khidmat saya telah menerima banyak sumbangan barangan makanan, ada yang datang dengan trak, ada yang dalam kotak.


"Dan saya akan selalu teringat pemuda pemalu yang datang ke pejabat kami dengan beberapa tin Milo semata-mata ingin menyumbangkan Milo tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.


Berbeza dengan ahli politik Perikatan Nasional yang mengapi-apikan sentimen perkauman ketika anak semua bangsa menderita, menurut Dr Tan, para penyumbang di pejabatnya tidak pernah membangkitkan isu kaum dan agama dalam misi bantuan mereka.


"Tiada seorang pun penderma yang meminta agar sumbangan mereka diberikan hanya kepada Melayu, atau Cina, atau India, Muslim atau Hindu, atau Buddha. Mereka hanya meminta sumbangan ini diberikan kepada yang memerlukan.


"Ketika wabak Coronavirus melanda negara, semangat kemanusiaan terus lahir sesama kita. Bravo rakyat Malaysia!" katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia