top of page

Calon Perpaduan Menang Bergaya, PN Kembali 'Berputih Mata'



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Sejak awal kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, para pengundi DUN tersebut sudah menunjukkan sikap 'dingin' terhadap cara meraih undi dengan sajian cerita-cerita fitnah dan adu domba daripada parti lawan.


Walaupun pengundi Pelangai tinggal di kawasan luar bandar namun cara mereka berfikir serta menapis fitnah amat bijak serta tidak mudah diperkotak-katikkan.


Keputusan PRK Pelangai yang diumumkan secara rasminya semalam sebagaimana yang telah diramal, pengundi Pelangai tetap memilih BN-PH (Perpaduan) tanpa keraguan.


Kemenangan bergaya Datuk Amizar Abu Adam (gambar atas, tengah) (Foto: Umno Online) dengan kemampuan meraih majoriti 2,949 adalah sesuatu yang membanggakan dan PN kembali 'berputih mata' di kawasan majoriti Melayu.


Perit jerih berkempen, berkampung, menyusun atur jentera untuk meraih undi kini berbaloi.


Tun M tidak laku di Pelangai


Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi, calon BN berjaya meraih 7,324 undi berbanding calon PN, Kassim Samat yang mendapat 4,375 undi, manakala calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli sekadar mampu beroleh 47 undi.

Penulis (kiri) bersama Datuk Amizar

Dengan kemenangan tersebut, DUN Pelangai kekal dalam taklukan BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan, meskipun PN berkempen hebat sepanjang dua minggu lalu dengan menurunkan hampir semua pimpinan utamanya.


Bahkan, di malam terakhir sebelum hari mengundi, PN turut membawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen.


Ternyata segala usaha PN itu tidak membuahkan kejayaan di mana ini membuktikan pengundi Pelangai tetap setia memilih parti yang mewakili kerajaan, baik di peringkat negeri mahupun pusat.


Rakyat semakin menerima Perpaduan


Kejayaan mengekalkan kemenangan di Pelangai ini sekaligus membuktikan penerimaan pengundi yang kian mengukuh terhadap Kerajaan Perpaduan.


Menang dengan majoriti 2,949 undi bukan sahaja bererti pengundi tiada keraguan lagi untuk menerima kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri, tetapi juga di pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selain kejayaan tersebut sebagai bukti penerimaan terhadap Perpaduan, kejayaan juga diraih hasil kerjasama padu antara jentera PH dan BN sepanjang tempoh kempen diadakan.


Jika diperhatikan, kerjasama jentera kempen PH dan BN semakin baik dan mantap di Pelangai.


Kemenangan bergaya calon BN eratkan lagi kerjasama Kerajaan Perpaduan

Lantaran wujudnya kerjasama yang mantap itulah, yang sebahagiannya menyumbang kepada kejayaan Datuk Amizar untuk bergelar Yang Berhormat.


Segala propaganda dan hasutan oleh pemimpin-pemimpin blok pembangkang sewaktu berkempen di Pelangai terbukti tidak diterima serta ditolak oleh pengundi-pengundi Pelangai.


Mereka dengan jelas memberi isyarat mahukan Pelangai terus dijaga oleh kerajaan yang sedang berkuasa.


Masa bekerja, pastikan PN terus putih mata


Datuk Amizar kini harus segera meneliti janji-janji ditawarkan sewaktu berkempen, sambil mencantumkannya dengan apa dimahukan oleh pengundi Pelangai, seterusnya memastikan ia diusaha untuk dilaksanakan dalam kadar waktu yang tidak terlalu lama.


Jika janji dan tawaran yang diungkapkan sepanjang kempen dapat segera ditunaikan, selain ia pastinya menggembirakan rakyat, lebih penting daripada itu, inilah satu-satunya cara untuk PN terus 'berputih mata' menawan Pelangai.


Kemenangan di Pelangai adalah kejayaan yang ketiga bagi calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK yang diadakan selepas PRU15.


Sebelum ini, calon Kerajaan Perpaduan daripada PH menang di PRK Pulai dan Simpang Jeram.


Ertinya Kerajaan Perpaduan sedang berada di landasan yang betul untuk terus bertahan dan disokong rakyat bagi mentadbir negara ini.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page