top of page

Calon DUN Tupong berjanji segerakan projek jalan, parit tertangguh 5 tahun



Calon KEADILAN DUN Tupong, Ahmad Nazib Johari berjanji akan menyegerakan pelaksanaan projek jalan raya dan perparitan yang telah berlarutan sejak 5 tahun lalu tidak ditunaikan.


Katanya, ADUN terdahulu telah pun berjanji untuk menyiapkan jalan di kawasan Matang beberapa kali namun tiada apa apa perkembangan sehingga hari ini.


"Saya bangkitkan isu insfrastruktur bandar. Dari jalan Matang, Kitak, ke Sungai Tengah, Batu 10 ke Malihak. Isunya jalan raya.


"Sepatutnya isu jalan raya, banjir tidak lagi timbul. Sepatutnya kita bercakap isu bandar bestari. Bukan lagi terhad kepada jalan raya, longkang.


"Kita melihat sepanjang jalan raya Matang ke Kitak, jalan rosak, pecah, berlobang berpunca daripada banjir sering berlaku sekiranya hujan lebat dalam jangka masa setengah jam.


"Hal ini berpunca daripada sistem perparitan yang tidak baik dan teratur. Ini dijadikan isu oleh pengundi kerana isu ini telah dijanjikan oleh ADUN terdahulu pada 2013. Janji memperuntukkan RM10 - RM30 juta untuk membina sepanjang jalan Matang parit konkrit. Sekarang 2021, kita tidak melihat parit berkenaan," katanya dalam sidang media, pagi tadi.


Tidak cukup dengan menjanjikan peruntukan itu, kata Nazib, pada 2017 Ahli Parlimen Petrajaya menjanjikan Kerajaan Negeri dan Kementerian Sumber Asli akan membesarkan jalan dan parit masih gagal.


"Pada 2021 calon GPS menyatakan kelewatan jalan tersebut siap disebabkan kontraktor ditamatkan. Mahu lantik kontraktor baru. Dijanjikan siap pada Jun 2021. Namun janji tinggal janji.


"Lampu jalan juga tidak berfungsi dengan baik kerana menggunakan lampu solar. Apabila rosak tidak dapat simpan caj elektrik maka pada waktu malam tak bernyala. Jalan gelap dan kemalangan jiwa berlaku," katanya.


Selain itu, tambah Nazib, GPS juga berjanji mahu menyiapkan balai polis di Matang Jaya pada 2018 tetapi sehingga sekarang masih tidak wujud balai polis.


Begitu juga, katanya, di kampung Sinjan, Tanjung, Tupong Hulu dan Tengah. Di sana isu banjir, jalan sempit dan kebakaran sering berlaku.


"Penduduk mahu kerajaan menyediakan penempatan baru. Namun penempatan belum dapat dilakukan, kerana kerja sukat menyukat dan alasan kerajaan negeri tiada peruntukan.


"Macam mana tiada peruntukan, Abang Jo kata setiap tahun Belanjawan Sarawak RM10 bilion. Peruntukan kerajaan persekutuan RM4.5 bilion, cuma kita tidak nampak apa pembangunan yang dibawa mereka.


"Isu internet dan komunikasi kalau kita tengok dari banjaran Serapi ke Kampung Sagang, di bandar, sepanjang perjalanan itu kita mengalami masalah telekomunikasi dan internet, di tengah tengah bandar," katanya lagi.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page