top of page

BRI tingkatkan kerjasama ekonomi Malaysia - China ke tahap tertinggi



Inisiatif Belt and Road (BRI) tajaan China, kuasa ekonomi terkuat di dunia ketika ini, yang telah memasuki tahun ke 10 menjalin kerjasama ekonomi dengan Malaysia telah membawa peningkatan nilai pelaburan yang signifikan.


Hal itu dinyatakan dalam ucapan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dalam simposium Malaysia BRI sempena ulang tahun kerjasama berkenaan.


Katanya, bagi pihak Malaysia keutamaan negara adalah memastikan daya saing jangka panjang di arena global melalui konsep Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Untuk menghadapi cabaran ini, kita mesti mengutamakan pembangunan mampan, inovasi, dan integrasi teknologi yang lancar ke dalam fabrik ekonomi dan sosial negara kita.


"BRI telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Projek penting kerjasama antara Malaysia dan China dalam rangka Inisiatif Belt and Road, pembangunan Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan di Malaysia telah menjana kesan limpahan yang ketara.


"Ini termasuk pembesaran Pelabuhan Kuantan, bernilai RM4 bilion dan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur, bernilai RM75 bilion. Projek-projek ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi berkualiti tinggi negeri Pahang dan wilayah Pantai Timur.


"Penyewa terbesar di taman perindustrian itu ialah Alliance Steel, yang menyumbang kepada lebih 40% daripada pengeluaran kargo pukal kering Pelabuhan Kuantan," katanya.


Untuk tahun tahun ke hadapan, kata Chean Chung kerjasama itu perlulah menumpukan kepada industri masa hadapan seperti pendigitalan, automasi, teknologi cip, pembuatan aeroangkasa, pembangunan hijau dan mampan, pendidikan dan latihan kemahiran.


Hal itu, katanya, akan memainkan peranan yang lebih penting dalam mengoptimumkan struktur pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan China serta memperdalam hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.


Bagi merealisasikan hal tersebut, kata beliau, dicadangkan kerajaan China memperkenalkan konsep "dua negara, banyak taman" perindustrian.


"Saya rasa sudah tiba masanya untuk memperkenalkan konsep "dua negara, banyak taman". Bermakna kita harus mewujudkan lebih banyak taman perindustrian di Selangor, Perak, Melaka, dan juga Sarawak. Masing-masing memenuhi sektor yang berbeza nilai tinggi berdasarkan situasi semula jadi (bahan mentah dan skil pekerja) dan kelebihan perbandingan masing-masing.


"Saya percaya ini adalah yang terbaik, dan sudah tentu cara paling berkesan bagi membolehkan taman perindustrian berkembang sambil mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.


"Sukacita juga dimaklumkan bahawa Inisiatif Belt and Road 10th Anniversary Nationwide Tour telah dianjurkan dengan kerjasama Pusat Kajian Strategik Serantau (CROSS) dan Pusat Penyelidikan Asia Tenggara untuk Kemanusiaan (SEARCH).


"Lawatan ini, yang merangkumi perbincangan meja bulat dan seminar, telah pun (membawa kami) melawat bandar-bandar penting seperti Kuala Lumpur dan Kuantan, dan kami menantikan persinggahan yang akan datang di kawasan selatan dan utara Semenanjung Malaysia," katanya.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu, BRI juga sejak sedekad lalu telah menyumpang secara tidak langsung kepada peningkatan dagangan Malaysia - China dan terbaharu penyelesaian perdagangan dengan menggunakan matawang China, renminbi.


"Malaysia telah mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut, dan perdagangan antara China dan Malaysia berkembang dengan mantap.


"Menurut statistik China, dari segi renminbi, jumlah nilai perdagangan China-Malaysia pada tiga suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 0.6% berbanding tempoh yang sama, mengatasi kadar pertumbuhan keseluruhan perdagangan asing China dalam tempoh yang sama," katanya.


Chean Chung berkata, China bukan sahaja rakan dagangan terbesar Malaysia tetapi juga sumber utama pelaburan dan pelancong.


Baru-baru ini, katanya, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia, Perdana Menteri secara khusus mengumum akan memudahkan prosedur visa untuk pelancong China.


Manakala dalam bidang pendidikan, kata beliau, universiti awam dan swasta di Malaysia sedang giat menarik pelajar Cina ke peringkat pengajian tinggi.


Pada masa ini, terdapat hampir 40,000 pelajar Cina yang belajar di Malaysia, menyumbang hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pelajar asing.


Chean Chung berharap hubungan dagang Malaysia - China akan meningkat dan lebih sukses pada masa hadapan biar pun berhadapan ketidaktentuan ekonomi global.




0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page