Berapa kali mesyuarat JK Parlimen terpaksa tangguh kerana menteri tidak hadir? - Madius Tangau



Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat penting dan mampu menyelesaikan isu isu besar seperti pendedahan skandal kapal Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum ini.


Namun bagi ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Kebebasan dan Hak Berperlembagaan, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, penangguhan mesyuarat mendengar isu buruh asing yang berkali kali berlaku menimbulkan rasa tidak puas hati beliau.


Apatah lagi, penangguhan mesyuarat semalam dilakukan pada minit terakhir dan bagi Ahli Parlimen seperti beliau yang terpaksa terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur serta menyewa penginapan, hal itu amat mengganggu tugas hariannya.


"Pada hari Ahad 13 Ogos lalu saya membuat tempahan tiket penerbangan dan juga penginapan untuk hadir ke mesyuarat tersebut dan saya ambil penerbangan jam 7 malam kelmarin. Sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur.


"Tiba-tiba satu pengumuman telah dibuat melalui group whatsapp bahawa mesyuarat ditunda di atas permintaan pengerusi kerana dua orang saksi yang telah dijemput untuk memberi keterangan iaitu Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia tidak akan hadir.


"Sepanjang ingatan saya, sudah lebih tiga kali mesyuarat jawatankuasa ini telah ditunda atas pelbagai sebab. Penundaan ini menyebabkan laporan daripada Jawatankuasa ini belum lagi dibentangkan di Dewan Rakyat sehingga hari ini.


"Agenda mesyuarat pada kali ini adalah meminta kedua-dua menteri memberi penjelasan kenapa pekerja asing yang datang bekerja di Malaysia perlu memberi bayaran kepada agen sebelum dipertimbangkan masuk. Contohnya, pekerja daripada Bangladesh kena bayar RM25,000 kepada agen pekerja asing untuk bekerja di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Tuaran itu, mesyuarat tidak wajar ditangguhkan sekiranya menteri memberi kerjasama kerana telah dijadualkan awal.


Katanya, menteri sewajarnya bersedia untuk menjawab soalan mengenai isu kemasukan pekerja asing berkenan kerana agenda itu adalah untuk kepentingan awam.


"Saya prihatin dua perkara. Pertama, masa dan wang dibelanjakan Ahli Parlimen yang jauh seperti saya datang ke Kuala Lumpur. Kedua, mesyuarat seperti ini sudah dijadualkan lebih awal iaitu 8 Ogos. Oleh itu, YB Menteri yang terlibat, yang dipanggil untuk hadir seharusnya mengambil berat dan memberi keutamaan untuk hadir kerana yang menjemput itu adalah institusi tertinggi negara iaitu Parlimen.


"Agenda serta isu yang mahu dibincangkan pula melibatkan kepentingan awam, rakyat, ekonomi serta pelaburan negara.


"Saya agak kecewa kerana mesyuarat ditunda 'last minute' hanya kerana kegagalan menteri-menteri yang dijemput untuk hadir tanpa alasan yang kukuh," katanya lagi.


Presiden UPKO itu berharap tiada penagguhan selepas kali ketiga, dan mesyuarat akan datang dapat diteruskan supaya hasil perbincangan serta syor-syor daripada Jawatankuasa tersebut segera dibentangkan di Parlimen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER