Peningkatan ketara peruntukan dalam pembangunan Islam pada Belanjawan 2024, pertama disusun oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 (PMX) meneguhkan bukti beliau adalah pejuang Islam sejati sejak berdekad lalu.
Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, peningkatan tersebut dan penyambungan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) menoak sama sekali dakwaan pembangkang kononnya PMX liberal dan anti Islam.
"Dalam laporan pembentangan Belanjawan tersebut, peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan Islam telah dinaikkan daripada RM1.5 bilion pada tahun 2023 kepada RM1.9 bilion pada tahun 2024. Tujuannya untuk memartabatkan agenda pembangunan Islam di Malaysia selari dengan konsep Madani yang diperkenalkan oleh PMX.
"Bukan itu sahaja bantuan Sekolah Agama Rakyat yang dihentikan sejak tahun 2003 (oleh PM Tun Mahathir) juga telah dikembalikan kepada semua sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan peruntukkan sebanyak RM20,000.
"Peningkatan peruntukan untuk bahagian pengurusan dan pembangunan Islam dalam Belanjawan 2024 ini membuktikam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh PMX terus komited dalam melaksanakam tanggungjawab untuk mengembangkan dan memperkasakan syiar Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Azha yang juga Naib Pengerusi Biro Pendidikan AMK Malaysia berkata, pembangkang PN selepas ini seharusnya tidak lagi memainkan naratif Islam terancam di bawah PMX kerana sewaktu mereka memerintah sejak 2020 - 2022 lalu tiada peruntukan serupa diluluskan untuk pembangunan Islam.
"Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin dan penyokong PN yang mengatakan Islam terancam akhirnya memakan diri mereka sendiri setelah terbukti bahawa Kerajaan Perpaduan memperuntukan jumlah lebih tinggi berbanding zaman PN menjadi kerajaan iaitu sebanyak RM1.4 bilion.
"PN juga telah membuktikan mereka gagal memperkasakan dan memartabatkan Islam semasa mereka menjadi kerajaan selama 33 bulan apabila mereka gagal kembalikan semula geran bantuan untuk SAR seperti yang dilaksanakan oleh PMX," katanya lagi.
Untuk rekod, naratif Islam terancam telah menjadi gelombang tsunami menenggelamkan Pakatan Harapan dan BN di Pantai Timur dan Utara Semenanjung dalam Pilihan Raya umum November 2022. Gelombang itu terus membadai sehingga Pilihan Raya Negeri 2023.
Namun hakikatnya, Pas yang memimpin PN tidak mampu mengembalikan bantuan kepada SAR yang mereka tentang sejak 2003 biar pun sempat memerintah kerajaan pusat selama 3 tahun, sehinggalah PMX mendapat kuasa pada 2022.
Commentaires