Banjir Baling: Pegawai kerajaan perlu amanah laksana dasar, jangan tunduk kepada 'tekanan'



Peristiwa banjir besar di Kampung Ibol, Kupang, Baling, Kedah genap seminggu berlaku namun puncanya masih tidak disahkan, manakala Jabatan Mineral dan Geosains pula tidak mengklasifikasikan sebagai bencana geologi sebagaimana tragedi kepala air di Gunung Jerai, Yan September tahun lalu.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, tragedi yang menghilangkan 3 nyawa dan menghanyutkan lebih 10 buah rumah penduduk itu merupakan satu pengajaran kepada pegawai kerajaan di peringkat negeri mahu pun Persekutuan.


Katanya, jika pegawai kerajaan menjalankan tugas dengan amanah dan mengikut lurus undang undang berkaitan alam sekitar, bencana tersebut tentu dapat dielakkan.


Menurut Johari, pembalakan yang diperkatakan penduduk menyebabkan hutan gondol dan berlaku kepala air juga boleh dihindari dengan dasar dan undang undang yang sedia ada.


"Dalam hal ini Kerajaan harus bertindak. Kementerian dan jabatan. Maknanya banyak jabatan di bawah kementerian itu termasuk Jabatan Perhutanan dan sebagainya. Mereka tidak akan bergerak tanpa kuasa. Manakala undang undang itu (prosedur kelulusan) jelas.


"Saya minta bukan sahaja ahli politik tetapi pegawai kerajaan jangan dengar cakap (tekanan) orang politik. Orang politik datang dan pergi. Tetapi pegawai kerajaan itu adalah mereka yang diberi tanggungawab, amanah yang berpegang kepada prinsip berkhidmat untuk negara. Berkhidmat untuk negara ini bukan berkhidmat untuk orang politik.


"Orang politik datang untuk penuhkan posisi yang sementara itu. Kerusi menteri, ada menteri 3 bulan, ada 2 tahun berganti. Tetapi pegawai kerajaan yang lebih amanah itu, mereka kekal," katanya.


Menurut ADUN Gurun itu lagi, jika aparat kerajaan takut kepada orang politik maka terjadilah bencana sebagaimana yang telah berlaku, dan ketika orang politik telah meninggalkan posisinya pegawai di jabatan kerajaan tetap dipersoalkan rakyat.


"Kalau nak takut kepada orang politik, orang politik di Malaysia ini 6 bulan pun ada yang bertukar. Takkan kita nak takut kepada mereka?


"Bagi saya ini satu cabaran kepada pegawai," sinis beliau.


Mengenai desakan warga maya dan pertubuhan alam sekitar agar satu suruhanjaya siasatan khas dibentuk untuk mengetahui punca sebenar tragedi berkenaan, Johari menganggap undang undang sedia ada mampu menemukan punca dan menghukum sekiranya ada pihak yang bersalah.


"Kita biasalah di Malaysia setiap kali bencana kita nak buat suruhanjaya. Lepas buat kita tak nampak apa hasil dari suruhanjaya itu, tak nampak.


"Tetapi yang penting kepada kita, negara ada cukup undang undang untuk ambil tindakan. Sekarang seperti di Baling ada dua jabatan. Kita ada Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah. Ambil tindakan sahaja.


"Kalau sekiranya mereka tidak laksana tugas maka pihak SPRM patut ambil tindakan


"Mahu tunggu suruhanjaya habis 2 tahun, kerajaan dah bertukar pula. Menteri baru, semua baru," kata Johari lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER